Restoren Hai Tien

Sajer Ajue check in hotel kat area sini. Sebab nak pergi makan seafood kat restoren hai thien nih. Dulu masa belajar kat UUM rasanya tiap tiap bulan Ajue datang sini dengan kawan kawan Ajue. Seafood sini murah , murah sangat sangat. Dan yang paling bestnyer siakap masak steam. Fuhhhh Ajue makan sampai licinnnnnn .. Hehe

Last time datang sini rasanya 3 tahun lepas. Masa tu sebab dah lama tak balik UUM, so ambik cuti bawak anak anak datang utara.

Trip kali ni untuk jumpa client bisness. Sambil tu nak buat personal coaching jugak untuk rakan kongsi yang telah join network Ajue bulan lepas. So, alang alang datang, bolrh bawak anak anak jalan sekali.

Entry ni just untuk update pasal restoren nih dan makanan dia. Dinner kali nih sempoi jer.

Sotong goreng tepung, RM6.00

Pastu ambik kerabu mangga, RM5.00

Siakap stim pulak RM27.00

Tomyam seafood, RM14.00

Lala sweet sour pulak RM6.00

Dan minum orang juice untuk semua orang RM14.50

So, sumer sekali campur nasi untuk 6 orang baru RM79.20 sahaja!!! Murah kannnnnnnn!!!!!

So, Ajue memang recommed tempat ni sesiapa yang sukakan seafood.

Next trip ke utara, konpem datang lagi sini. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *