Renault Captur 5e

Alhadullilah, setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan dalam usaha mendapatkan kereta ni, akhirnya rezeki Ajue jugak lepas kerajaan mengumumkan 0% GST berkkuatkuasa 1 Jun2018.

Actually Ajue order kaler Orange Arizona. Tapi lepas GST 0, Salesman kereta Renault HQ, Suren yang sangattttt lah baik hati dan berusaha tanpa jemu bagi mendapatkan kereta idaman Ajue menjadi kenyataan tu suggest ambik new colour. Ada 2, pacific blue dan Atacama Orange. Of course la Ajue go for Orange. Fav colour Ajue sejak zaman sekolah lagi!

New colour ni ada beberapa features yang takde kat old kaler. Leather seat, lampu LED, facelift dan soft leather dashboard. Ada la lagi , tapi Ajue bukan reti sangat pasal kereta ni. So, from A-Z semua kerja usaha untuk beli kereta Ajue buat sendiri!!!. Alhamdullilah, dengan pertolongan Allah jugak, kan.

Actually kereta ni dapat pada 1 Jun, taoi kebetulan hari ni, 30 May Ajue sakit gigi. Gigi Ajue yang buat root canal tahun lepas dah crack. Pecah dua! Dentist terpaksa cabut yang separuh tu, buat filling dan tunggu sebulan buat dental crown. Melayang RM400++ tadi. Ok, berbalik pada citer Renault ni, Ajue tanya Suren, boleh ker ambik hari ni. Alhamdullilah dia kata jam 10 pagi dah boleh deliver. Dia siap basuh dan isi minyak lagi. Thank you sangat sangat Suren!!!

So, Ajue pergi lepas cabut gigi, ambik kereta dan sign apa apa yang patut. Lepas tu Suren bawak pergi kedai Tinted, nama kedai tu RaytTech. haa tak tahu google yer. Ajue ambik yang 85% gelap, but still JPJ warranty. Total satu kereta RM2500. Security tint. OK la kan.

Tadi lepas dapat kereta, sambung buat filling kat dentist The Smile Clinic Taman Tun ni. Next appointment is 25 Jun pulak.

Anak anak seronok dapat naik kereta baru hehe. Apiq yang naik dulu, then Anis. Jumaat ni insyaAllah Adlan dan Ecah pulak. Weekend ni kami nak test drive tempat tinggi sikit. Tungguuuuu…

IMG-20180530-WA0019

IMG-20180530-WA0020

IMG-20180530-WA0021

IMG-20180530-WA0022

20180514_143311

20180530_141932

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *