Pertandingan Hafazan

image

Salam semuaaa..

Okay nak citer pasal pertandingan hafazan pulak. Actually pertandingan seumpama ni setiap tahun diadakan. Ni kali pertama Adlan masuk pertandingan hafazan untuk peringkat Wilayah Persekutuan.

Ada dari pelbagai sekolah tahfiz dan darul Quran yang menyertai kali ni. IQKL tak kurang hebatnya menghantar wakil.

Ada 3 kategori hafazan. Kategori 1 hingga 10 juzuk. 1 hingga 20 juzuk dan 1 hingga 30 juzuk.

Memandangkan Adlan hafaz sampai juzuk 12 jadi beliau memilih kategori pertama. Seramai 48 peserta kesemuanya. Dan hanya 7 peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya.

Takper la kan. Mungkin kali ni nasib tak menyebelahi Adlan. Bagi Ajue layak ker tak bukan menjadi ukuran. Yang penting Adlan memperolehi pengalaman pertamanya kan. InsyaAllah tahun depan cuba lagi.

Untuk semua peserta hadiah merupakan sepasang jubah dari Jakel. Tahniah dan syabas kepada peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya. Iaitu antara negeri pulak.

Apa apa pon. Ajue amat bersyukur kerana mempunyai anak yang menhafaz AlQuran. Bukan senang nak jafaz 30 juzuk. Ukur baju di badan sendiri. Sungguh Ajue tak mampu. Setakat beberapa surah tu boleh la. Kagum dengan semangat yang ada pada Adlan.

Semoga Allah terus memberkati beliau serta menguatkan semangat beliau untuk menjadi seorang huffaz suatu hati nanti. InsyaAllah.

Proud of you, my son.

image

image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *