Past Entry : Yayasan Saad Residence Based Selection

Alhamdulllah Adlan terpilih dalam 200 pelajar yang akan menduduki saringan terakhir kemasukan ke Form 1 Kolej Yayasan Saad. Residence Based Selection ni bermula 20 November sehingga 23 November 2011.


Entry Levels

Form 1 : By testing and residence-based selection.
Adlan dah lepas Level Testing sebelom UPSR diumumkan dulu.

Ada pelbagai program yang telah disediakan, termasuklah interview, stage presentation, team building, sports dan lain-lain lagi. Agak tough jugak lah selection untuk kemasukan ke KYS nih. KYS juga ada menyediakan scholarship untuk pelajar terpilih sahaja. So far Adlan belom ada mana-mana scholar lagi setakat nih.

Plan asal semua nak pergi hantar Adlan dan bermalam di Melaka, namun kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Ada occasion belah hubby so, keputusan bermalam di Melaka terpaksa dibatalkan.

Pagi-pagi lagi I dah bangun untuk bertolak ke Melaka Ahad tu jugak. Pendaftaran bermula jam 2 petang tapi sekiranya ada family yang sampai awal, KYS ada menyediakan bas untuk melawat sekitar kolej dan tempat berdekatan.

Kami tiba awal jugak dan sempat bersarapan kat kolej tu. Then, bawak Adlan pusing-pusing kolej tengok kemudahan yang disediakan. Sungguh teruja dengan apa yang disediakan untuk pelajar-pelajarnya dan berharap agar Adlan dimurahkan rezeki untuk melanjutkan pelajaran menengahnya di KYS. Tapi sekiranya tiada peluang untuk ke sana, kami tetap bersyukur kerana Adlan berjaya hingga ke tahap ini.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *