Open house Raya Encoral

Alhamdullilah tiap tiap tahun office lama Ajue iaitu Encoral Digital Solutions yg dulu ya nama ANSI mengadakan tumah terbuka kepada semua staf nya dan tak lupa juga kepada ex staff serta customers mereka. Dan Ajue takkan melepaskan peluang ini sebab disinilah office dimana tempat Ajue mula mula berkhidmat sebagai trainee dan seterusnya jawatan terakhir sebagai Project Manager setelah 5 tahun berada di sana.

Banyak pengalaman , kenangan suka duka pahit manis dalam sejarah hidup Ajue bersama Encoral dan Encoral jugaklah yang  mengiringi perjalanan hidup penuh berliku Ajue kira kira 15 tahun yang lalu. Malah semua staff Encoral jugak menjadi penguat semangat Ajue untuk teruskan kehidupan Ajue, terutamanya barisan managers dan jugak Ayahanda Encoral sendiri iaitu En Azman. Bila terkenangkan kisah lama mau berderai airmata ni tapi itu semua menjadikan Ajue lebih kuat menghadapi hari hari mendatang. Terima kasih Encoral, semua staff Encoral dan juga managers yang banyak membantu Ajue selama ini. Baik dari segi kehidupan malah juga pengalaman kerja terutamanya dalam bidang IT ini.

Tanpa pengalaman yang dikutip semasa di Encoral amatlah mustahil untuk Ajue sampai ke tahap ini.

So, taknak ungkit kisah lama lagi, yang penting Ajue amat bertuah kerana ada Encoral yang memberi 100% support pada Ajue dari dulu sampailah sekarang. Company lain ada jugak tapi hanya dengan Encoral saja Ajue melalui sejarah dalam hidup Ajue.

Jom, kita tengok gambar pulak yer.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

En Amin, Manager yang banyak mengajar Ajue tentang Sales, Project Management, Tender dateline dan lain lain pasal sesuatu project.

image

Inilah CEO Encoral, En Azman Hussin. Ayahanda kami di Encoral dulu. Aactually Ajue kenal Encoral masa Ajue belajar kat UUM lagi. Masa tu En Azman datang UUM bagi talk pasal Java. Kebetulan Ajue pon ambil subject tu dan Ajue menghadiri talk tu. Kagum dengan tajuk yang disampaikan dan Ajue terus berazam bila praktikal nanti Ajue nak buat kat Encoral. Ternyata impian menjadi kenyataan dan bermula dari praktikal lah Ajue terus ditawarkan menjadi staff Encoral. Syukur sangat sangat masa tu sebab tak perlu susah payah mintak kerja, tak perlu menganggur pon lepas habis UUM. Thanks En Azman!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *