Oh My Ganu

Salamm semua…

Okayyy hari ni nak cerita pasal bahasa Ganu yang Ajue baru tahu kalau orang Kay Ell panggil apa.

Alkisahnya. Suatu hari tu nak masak Kerutuk. So mak Ajur bagi resepi bahan bahan dia. Ada satu tu mama sebut

nyor gula

. Masa tu tak tergerak nak tanya sebab ingat sini ada kut jual.

Nak jadikan citer. Ajue gi kedai mintak nyor gula. Hahahha haru sungguh tokey kedai tak kenal. Pastu siap translate lak jadi

santan gula

. Lagi laaa haru.

Last last whatapps kakak. Oooo baru ku tahu kat sini panggil kerisik. Ngeee

image

Okay. Settle episod 1.

Now nak citer episod 2 plak. Suatu hari tengok kat fb kawan Ajue. Datin Gweng buat mek chomel. Haaa tahu ker kuih apa tu kawan kawan?? Hehe

Pastu tanya dia bahan bahan nak buat. Nak jadikan citer.. ubi stelle. Hasudahhhh.

Sebab ajue tak kenal ubi stelle. Ngeee rupa rupanya kat sini panggil ubi keledek. Tu pon bila Datin Gweng kata kaler ubi tu purple. Hahahhahaharuuuuu sungguh laaa

image

Okayyy last episod lak. (So far laa)

Pagi ni buat breakfast pulut gaul nyor. Pastu post kat IG. Ni gambar dia..

image

Pastu kakak kat Ganu cakap. Kalau makan ngan ikan selayang goreng lagi sedap. Errrr Ajue tanya la. Tak pernah tengok ikan selayang kat pasar. Camaner rupa dia kakakkakaka

So apa lagi sebelum termalu sendiri kat pasar Ajue google dulu. Oooo alahaiii rupanya kat sini orang panggil ikan sardin.

image

Waduh waduhhh banyaknya bahasa Ganu yang Ajue tak tahu kan. Ngeee

Jom saper saper pernah alami kejadian sebegini share dengan Ajue. Kita pakat gelak sama sama hehhehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *