New Year di Melaka

Anis back to KYS and New Year Celebration

Tahun ni 2019 hanya sempat bawak anak anak jalan dan bercuti di Melaka, alang alang nak hantar Anis balik KYS kan. Boleh tengok bunga api terus sempena tahun baru 2020.

Kami bertolak pada 30 December, berhenti makan kat RnR Dengkil. Pastu terus check in dekat D’ Village Ayer Keroh. Dalam booking.com, hotel ni nampak cantik jer. Tapi, bila sampai masyaAllah, macam regret jugak lah. Dapat

family Chalet, ada connecting room. Sebelah pompuan pompuan, sebelah lagi lelaki tido. Tapi baju semua kat satu bilik Senang nak uruskan. Petang tu kami keluar jalan jalan kat Pantai Kelubong untuk ambik gabar dan minum coconut shake.

Dinner dekat Muara ikan bakar. OK lah, not bad. Ambikikan siakap steam, pari bakar, sotong goreng tepung, kangkung belacan dan Lala pedas. Tak sampai RM150 pon.

Balik bilik ZZZZ.

Esok paginya, semua taknak breakfast, sebab kepenatan. Kami makan alas perut jer, bawak brownies yang bake malam sebelum gerak ke Melaka. Lepas tu keluar ke bandar Hilir. First thing, cari nasi la dulu. Lapar kut.. Anak anak ni, kalau lapar nanti meragam tak seronok nak jalan. Kami ambik gamabr sekitar Bandar Hilir dengan semua tempat sejarah Melaka, A Famosa, Kapal Besar, Muzium Samudera, Beca Ride, Panjat bukit tu yang paling tak tahan. Sebab nak tengok apa yang ada kat atas sana. OK lah view not bad, cantik tapi panas tak hingat. Sampai migrain Ajue.

Pastu nak turun pergi kat Muzium Samudera, mak aiiii lutut terketar ketar kut. Ecah pon sama, sakit lutut dia terus menyucuk. Nasib ada Anis dan Afiq, tolong kami jaga steps anak tangga.

Msauk pusat kraftangan, beli cencalok, gula melaka dan belacan bakar. Sagu hati sikit untuk family. Lepas tu masuk kapal besar, againnn kena naik tangga tinggi, naik ok lagi, yang azab nya bila nak turun.

Sampai bawah terus pekena cendol ABC, oh ya, masa nak ke A Famosa, kami naik beca sehala jer. Satu beca RM15. ok lahh not bad. Pastu balik hotel, singgah beli maggie buat alas perut. Sebab masa tu still petang lagi. And, nak dinner dalam kol 9 malam dekat Kg Morten. Sambil nak tunggu bunga api. Tengah mandi, tetiber blackout. Aisehhh, kena tukar chalet daaa. Nasib baik dapat chalet depan jer. Senang nak angkut barang.

Lepas isyak baru kami keluar makan. Dah pakat dengan Abang Epul nak dinner sama. Stay sampai kol 1 pagi kat sana. Esoknya nak bangun awal pulak nak hantar Anis balik KYS

Maaf yer anak, anak. ni sajer ibu termampu untuk cuti cuti kali ni. InsyaAllah bila kewangan dah stabil sikit, kita pergi jauh sikit yer. Doakan ibu murah rezeki dan dipermudahkan urusan nak refinance rumah Shah Alam ni yer. Ammiinn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *