New Life, At the Beginning…

 

 

Assalamualaikum my blog reader semua…

Lama sungguh janji nak update tapi busy dengan keje jer lately. So ambil masa petang nak update jugak entry tertangguh ni. Sebagaimana yang telah kita semua maklum, sesi persekolahan seluruh Malaysia telah tertunda seminggu disebabkan musibah yag melanda Pantai Timur kan. So, tarikh sebenar sesi persekolahan ialah 12 January 2015.

Okay, nak citer nih. Actually Ajue cuba nak masukkan Aisyah kat IQKL sama dengan abang dia, tapi disebabkan Aisyah takde pernah hafazan jadi syarat kemasukan tak lepas. Sebelum tu bila jumpa dengan salah sorang ustaz kat IQKL beliau cakap takde masalah sebab Adlan ada situ. Maybe masa diskass tu ustaz tu tak tahu yang Aisyah takde hafazan.So… terpaksalah sekolahkan Aisyah kat SMKTTDI. Alhamdullilah Aisyah dapat masuk kelas pertama form 3.

Harap sangat Aisyah belajar sehabis baik ikut jejak langkah abang dia. Padahal kalau ikutkan, masa kecik lagi Aisyah memang jauh lagi excellant dari Adlan. Dia tak baca buku pon memang boleh score. ikut Ibu dia tu kan hehe perasan lak ek. OKlah #cekemek, Ibu dah buat yang terbaik untuk Aisyah. Selebihnya terulang pada Aisyah untuk menentukan berapa A PT3 nanti yer.

20150112_073728

 

Okay ni nak citer pasal #princess pulak. Princess dapat masuk kelas kedua SKTTDI2. Kat sekolah ni ada 4 kelas jer. Tabik spring kat princess sebab tak banyak karenah. Senang jer dia sesuaikan diri dengan sekolah baru, cikgu baru, kawan baru, persekitaran baru semua baru lah kat sini. Princess siap tanya Ibu tak nak jadi PIBG ker? errr not now kut princess, Ibu kena fokus dengan keje baru ibu. Kita kan baru bermula, so kena lah tumpukan mana yang utama dulu yer. Nanti princess dah Tahun 6 Ibu pikirkan yer. Dulu masa Abang tahun 6 jugak Ibu involvekan diri dengan sekolah. So, buat masa ni Ibu nak fokuskan kerja dulu.

Haa, masa first day hari tu, Ajue dapat WFH (work from home) sebab bangunan opis kat Damansara Heights tu tengah renovate. Kami dapat official letter keje sebulan kat rumah So, Alhamdullilah allah permudahkan semuanya buat Ajue sekeluarga. Boleh la hantar anak, pastu waktu lunch pergi jemput dan cari van sekolah. Princess ni cepat matang. Senang jer keje Ibu. Masa balik Ibu tunggu jer kat security guard. Princess datang tunggu situ. Prince pulak??? tunggu yer nanti Ajue citer kat bawah.

Just tiba tiba teringat masa mula mula Ajue pindah dari Rawang ke Shah Alam, masa tu Adlan pon Tahun 3. Kebetulan kah semua ni? Princess pon Tahun 3 kami pindah dari Shah Alam ke Taman Tun. Dan, yang lagi suratan serta kebetulan. (cooincident or faith??) masa pindah dulu, Ajue tukar keje dari FIS masuk Orga. and now, ajue pindah dari Taman Tun ni Ajue masuk balik FIS dari Orga. hmmmm

Disini bermula… at the beginning….

20150112_062922

20150112_073250

 

Okay now turn citer Apiq pulak. Masa hantar semua OK, cewah siap pesan lagi, Ibu balik lah, Apiq boleh pergi sendiri… pergi mana tu Apiq? hehe Dia cuba berdikari sendiri malu kalau Ajue temankan dia sampai kelas pastu tunggu dia rehat kut. Tapi Ajue puji jugak prince. Sebab pandai bawak diri. Sementara ajue ke hulu kehilir cari van sekolah. Balik sekolah?? haaa ni nak habaq mai. Nak luruh jantung Apiq takde masa balik sekolah. 40 minit kami cari. Tanga guard, tanya cikgu. Semua kelas dah takde orang, kat kantin takde, kat dewan takde…. fingsannnnnnn!!!!

Agaknya naluri seorang Ibu kut, tergerak hati Ajue nak pergi Park opposite sekolah tu. Terkejut nampak apiq kat situ. Dia kata ikut kawan dia, dia nampak kete Ajue kat situ. Prince lintas jalan sendiri masuk Park. Ajue menjerit panggil nama dia. oh my #prince!! Balik tu talbiah panjang lebar kat Apiq. Dia ni suka adventure agaknya. risau betul dengan dia ni sorang. Oh ya, Apiq masuk kelas ke tiga. hmmm kawan Ajue cakap takper, maybe sebab Apiq baru masuk kan. Tak dapat kelas depan. Nanti tengok result akhir tahun camaner. So, kena work hard sikit la kut dengan Apiq ni. Kalau kelas kedua tu sama dengan anak KJ hehe. tiba itba pulak..

20150112_064450

20150112_064121

 

Okay, dah update. Banyak sebenarnya nak citer nih, nanti lah next entry kay. Sabar yer u olsss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *