My second free trip with Hai O |Guangzhou~ Day One

Alhamdullilah, berjaya jugak melayakkan diri untuk free vacation Hai O ke Guangzhou selepas trip ke Vietnam pada bulan March yang lalu.
Seramai 800++ orang usahawan Hai O yang layak dan seramai 500 ++ usahawan datang dari stokis Batu Caves sendiri dan selebihnya adalah stokis lain seluruh Malaysia.
Sebanyak 18 buah bas kesemuanya dan CDM Hanis Haizi berjaya membawa sebanyak 6 buah bas dibawah Green Leaders Group. Wow! Hebat kan?
Kami berkumpul di KLIA seawal jam 6.30 pagi lagi lepas solat Subuh di surau KLIA.

Kali ni Ajue membawa seorang rakan kongsi iaitu Amy bersama trip ini.

Dan, as usual, kami memang suka bergambar, tak kira la dimana saja, asal ada orang nak shoot jer, terus hulur muka, hehe

Lepas kira kira hampir 4 jam perjalanan kami pon sampai di Baiyun Airport Guangzhou dengan suhu setinggi 36’C. Fuhhhhh masak…

Sempat jugak pose kat airport sana.

Orait, ni tour leader kami iaitu Miss Lim dari KL agent dan sebelahnya Miss LuLu dari Guangzhou.

First stop kami ialah tempat whosale jual barang barang kulit. Tapi ada jugak banyak tudung dan scarft jual kat sana. So, apalagi, terus sambar untuk prospek dan jugak suvenirs untuk semua bisness partner Ajue dan Clients yang pernah beli corset dengan Ajue.

Lunch pulak kami dibawa ke restoren muslim untuk menikmati hidangan muslim di sana. Kat restoren ni ada disediakan tempat solat. So boleh la solat Zohor dan Asar sekali kat sini.

Lepas tu pada sebelah malamnya, kami di bawa untuk shopping pulak. Tempat ni ala ala Petaling Street la kalau kat KL. ok laaa jugak barang barang dia dan Ajue seempat sambar satu set luggage untuk makcik Ajue.

Lepas shopping baru balik bilik dan check in. Solat jamak maghrib dan isyak dan terus zzzzzzz….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *