My little boy graduation day

Alhamdullilah..

Dah selesai era tadika anak anak. Semua anak anak ajue sekarang dah takde yang bersekolah tadika lagi.

Afiq baru saja menamatkan zaman tadika nya baru baru ni.

Kalau ikutkan masa Adlan dulu tamat tadika di Tadika Al fitrah kat Bandar Tasik Selatan. Tapi masa tu Ajue tak sempat nak tengok dan Adlan sendiri tak dapat hadir masa hari graduation dia. Sebabnya nenek saudara Ajue meninggal dunia sehari sebelum acara graduation Adlan. Jadi kami tak berkesempatan untuk tengok Adlan buat persembahan serta penyampaian sijil. Masa tu Adlan menjadi pelajar terbaik keseluruhan tadika dia.

Aisyah pulak tamat di Tadika Krista Bandar Tasik Puteri Rawang.

Masa tu buat kat Sekolah Rendah Tasik Puteri. Aisyah buat beberapa persembahan jugak. Aisyah pon menjadi pelajar terbaik dalam satu subjek. Math kalau tak silap. Rasanya Ajue ada tulis entry kat fotopages Ajue.

Anis dan Afiq tamat tadika di Tadika Bonda. Sebelom ni mereka berdua sempat belajar kat Genius Aulad seksyen 23 Shah Alam. Tapi sebab Ajue takde maid masa tu so Ajue tukarkan mereka berdua di Tadika Bonda. Senang nak hantar dan ada khidmat day care kat situ. Lama jugak takde maid. Tapi lepas dapat maid baru malas la pulak nak tukar balik ke Genius Aulad. So Ajue teruskan jer sampai tamat belajar.

So. Masa Afiq konvo ni Ajue happy dan bersyukur sangat sebab Afiq ni masa umur 5 tahun dia masih belum boleh bercakap dengan betul. Kalau nak tahu dia cakap ambil yang hujung jer.

Contohnya dia kata Kok Dah Ti. Semua tak faham kan. Haha. Cuba teka apa dia kata.
Jenuh jugak la nak faham. Tapi masa tu hanya Anis sorang jer yang fahamm . So Anis translate laaa.. Afiq kataaa Pokok Dah Mati..

Aduhaiiii apiq apiq!!

Tak saangka. Masuk jer 6 tahun Afiq tiba tiba boleh bercakap normal seperti kanak kanak lain. Fluent pulak tu. Alhamdullilah.

Dan sekarang pejam celik dah pon nak masuk Tahun Satu sebulan jer lagi nanti. Dah besar kan dia.. rasa baru jer lahirkan Afiq semalam. Dah la Afiq tu lahir 8 bulan jer kandungan.

Sebab Ajue bleeding masa masuk bulan ke lapan. Macam macam doktor Guna kat Damansara Speciallist buat nak stopkan bleeding serta contraction tapi dah sampai masa dia kan.

Afiq lahir masa mothers day masa tu. Hadiah untuk Ajue kan. Masa tu doktor Guna tengah nak pergi dinner celebrate mothers day. Ingat lagi Ajue call dia kol 5 petang. Nasib baik kejap jer Afiq nak menjenguk dunia. Jam 6 lebih selamat bersalinkan Afiq. Alhamdullilah.

So. Tahun depan semua anak anak dah bersekolah. Dua sekolah rendah. Dua sekolah menengah. Alhamdullilah. Syukur atas apa yang ada. Nikmat yang tak terhingga.

Dan apa yang Ajue lakukan sekarang ni. Baik dari segi mencari rezeki..apa apa saja hanyalah untuk 4 cahaya mata ni saja. Ajue akan lakukan apa saja untuk mereka. Anything for my kids!

Kadang kadang diri sendiri pon tal pernah terfikir. Anak yang diutamakan dulu. Merekalah penghibur di kala suka dan duka. Mereka jugalah menjadi penguat semangat Ajue untuk teruskan kehidupan ini.

Ya Allah.. Kau rahmatilah anak anak ku.. berkatilah mereka. Lindungilah mereka dari segala kejahatan dan murahkanlah rezeki mereka. Ameenn.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *