My Life , My Beautiful Life with family and friends

Assalamualaikum semua,

Lama tak mengupdatekan blog. Dalam entry lepas Ajue ada bagitau yang Ajue ada masalah nak update blog. Sebabnyer, Ajue terlupa terus nak renew domain dan web hosting. Lama jugak laa, since January lepas dia expired. Pastu baru baru ni, Ajue nak cuba update, sekali tengok domain ajuerashid not found. Punyala gelabah masa tu. So Ajue contact Exabytes. Dipendekkan citer, Ajue just bayar balik renewal fee dan reactivation fee dan Alhamdullilah technical team diorang berjaya mengaktifkan semua domain dan web hosting ni. Terima Kasih Exabytes kerana melayan karenah Ajue masa tengah gelabah tu. Syabasss!!

Kenapa nak sangat domain ni balik? Yer la, banyak yang Ajue share kan, sejak penglibatan Ajue dengan Hai O, travel sana sini, pasal anak anak, pastu kes Riyadh yang menyebabkan seluruh ahli keluarga hilang semuamya.. mestilah Ajue nak simpan, nanti bila anak anak dah besar diorang boleh imbas kembali sejarah silam bagaimana ibu dan ayah dia struggle dalam kehidupan dan kewangan semata mata untuk menjalanjan amanat Allah dimuka bumi ini. Apa yang baik jadikan pengajaran manakala yang buruk dan kurang elok harap jadikan sempadan yer anak anak. Hanya blog ini dan fotopages saja yang menjadi memory Ajue bila dah tiada nanti. Ramai yang kata jangan bangga diri, bermegah, riak atau taksub dengan apa yang kita ada sehinggakan semua nak update kat blog. Terpulang lah , tapi bagi Ajue, Ajue tahu apa yang Ajue buat. Dan semua ni untuk anak cucu baca siapa AjueRashid.

So, banyak benda actually nak update tapi tak cukup waktu, jadi Ajue just ambik yang sempat saja yer untuk entry kali ni.

IMG-20150830-WA0011

Ni dengan Noora. Sempat jugak jumpa Noora masa Ajue balik Paka rumah adik Ajue.

IMG-20150921-WA0001

Adlan tengah ajar Ecah sekali dengan Solihin. Masa cuti skolah baru ni

IMG-20150908-WA0003

Health screening kat KPJ Wellness Damansara. Doc suspect cardio, tapi Alhamdullilah saya masih sihat dan boleh Marathon

IMG-20151003-WA0019

Voucher free untuk kelas Robotics kat TTDI. InsyaAllah akan terus register lepas ni. Nampak Afiq ada beri tumpuan dan minat kat situ.

IMG-20150926-WA0025

Ni paling besttt. Ajue nak sangat tengok sebab baca preview dia sumer best. Sekali, memang bestttt terbaik laaa Polis Evo.

“Kalu aku mati, aku jadi Ju On , aku gigit mung!”

IMG-20150925-WA0057

BBQ sempena Raya Haji rumah mak mentua.

IMG-20150925-WA0031Hadiah PT3 dan tamat Hafazan 30 Juzuk. Bak kata Ami Pih, Adlan jadi juara sukan olimpik main game Dota

IMG-20150808-WA0012

Masa register Umrah kami hujung tahun nanti. Apa apa pon, semua rezeki Allah, kalau dijemput, insyaAllah sampai lah kami 6 beranak ke sana. Doakan yer.

IMG-20150921-WA0000

Alhamdullilah rumah Ajue setiap weekend sentiasa dipenuhi dengan anak anak tahfiz IQKL. Mereka menghafaz, solat jemaah sama sama, ajar adik2 mengaji dan belajar, dan mereka juga belajar bersama di sini. Semoga rezeki yang Allah kurniakan ini memberkati kita semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *