Majlis Ulangtahun Sofea

Lorrrr entry ni dah draf lama tapi baru nak habiskan dan nak upload gambar jer. So, enjoy reading kay.

Actually dah memang jadi kebiasaan family Ajue sambut birthday anak anak setiap tahun 4 kali. Selalunya Ajue bawak pergi jalan jalan tidor hotel mana mana kat malaysia nih. Tapi since komitment kerja serta biznes kami terpaksa lump sum kan semua sekali setahun.. Haha kiranya 4 in 1 gitu.

So permulaan 2013 jatuh kepada birthday anak Ajue yang ke tiga. Dulu masa umur dia 4 tahun Ajue bawak dia pergi HongKong Disneyland. Celebrate kat sana. Lepas tu kat USS Singapore. Tahun nih Ajue nak buat kat rumah jer. Since Anis pon dah sekolah kan. So boleh lah dia ajak kawan kawan dia datang rumah. Boleh jugak Ajue kenal kenal dengan parents kawan kawan dia… 😉

Ajue tempah catering sekolah SMK 24 sebab Ajue kan dulu komuniti, pulak tu PIBG SK24 so dah memang kenal dengan tokey kantin sekolah nih, hehe . Order sehari sebelum nak buat still ok dengan dia..

Cake pulak, tempah dengan Kak Shaz dari Mama Chak Recipe. Nak tahu rasanya…. Boleh tabik spring 100 kali. Bestttttt sangat. Order yang 1.5kg. Licinnnnn semuanya. Memang amat sangat puashati dengan cake tu. tema pulak, Anis nak letak gambar Winx Club. Dia suka Musa. So, inilah hasilnyer..

Orait, semasa party sedang berlangsung, Ajue pasang video Anis since lahir sampai lah umur dia sekarang. Nanti Ajue cuba upload kan video tu yer. Ni tulis blog guna DraftCraft so susah sikit nak upload video pakai ipad nih.

Enjoy the pics ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *