Majlis Pertunangan Syasya

Alhamdullilah semua telah selesai. Tahniah Kak Long Syasya. Anak saudara pertama Ajue yang baru saja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya pada 21 Oktober 2017 lepas.

Sejak dari awal lagi Ajue amat teruja dengan majlis ini. Maklumlah anak saudara pertama pulak tu. Segala persiapan disusun rapi oleh Event Manager iaitu adik Ajue sendiri, Farhan.

Bermula dari hiasan rumah, menu makanan, khemah canopy, tema semuanya kami anak beranak yang uruskan.

Dua tiga hari sebelom majlis kakak Ajue kerap pulang ke rumah MIL dia sebab kesihatan MIL tak berapa sihat.

Pagi tu, sebelom majlis bermula jam 3 petang kami dikejutkan dengan berita kematian MIL kakak Ajue. Abang ipar yang sememangnya berada di Rembau dalam perjalanan pulang ker Seri Kembangan untuk majlis pertunangan anak sulung beliau terpaksa patah balik ke kampung setelah mendapat khabar berita mengejut ini.

Apa apa pon kami telah membuat keputusan untuk meneruskan majlis kerana pihak lelaki dah dalam perjalanan. Cuma majlis tidak dapat dihadiri oleh pihak keluarga abang ipar Ajue. Cuma kami saja yang menguruskan. Semua jadi bidang terjun. Pakcik Ajue dari Terengganu menjadi jurucakap majlis. Manakala Adlan ditugaskan untuk menyempurnakan doa selamat serta sedikit doa untuk arwah nenek Kak Long.

Majlis bersurai setelah segalanya selesai dan kakak Ajue bergegas pulang ke kampung Rembau. Tinggal Ajue , adik adik serta mak yang uruskan kerja kerja mengemas serta memastikan semuanya settle.

Well, tahniah sekali lagi Kak Long. Semoga ikatan ini disudahi dengan akad dengan sempurnanya Februari 2018 insyaAllah.

Terima kasih kepada semua sanak saudara pakcik makcik yang sama sama membantu menyempurnakan majlis ini.

 

IMG_20171022_203437_458

IMG_20171022_203437_459

IMG_20171022_203437_465

IMG_20171022_203437_467

IMG_20171022_203437_470

IMG_20171022_203437_471

IMG_20171022_203437_475

IMG_20171022_203437_476

IMG_20171022_203437_478

IMG_20171022_203606_354

IMG_20171022_203606_355

IMG_20171022_203606_355

IMG_20171022_203606_364

IMG_20171022_203606_367

IMG_20171022_203606_368

 

IMG_20171022_203743_591

IMG_20171022_203743_592

IMG_20171022_203743_594

IMG_20171022_203743_599

IMG_20171022_203743_605

IMG_20171022_203743_608

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *