Live Life To The Fullest

Morningggg….

Ada orang suka membusykan diri dengan pelbagai benda nak buat. Ada orang suka tidooo jer kerja dia. Dan ada jugak yang sederhana, asalkan capai target perkara yang nak disettlekan. Terpulang pada individu masing masing kan. Tapi bagi Ajue, memang dah dari zaman kerja makan gaji lagi tak suka buang masa. Ada jer yang nak dibuatkan. Sebab bila banyak sangat masa terluang rasa macam tak produktif jer.

So, sekarang masa untuk marathon terakhir pakej London Paris bisnes Premium Beautiful Ajue ni. Sumer rata rata usahawan hai o nak kejar sebanyak mungkin tiket untuk ke London dan Paris. Sama jugak dengan Ajue.

Bulan ni saja beberapa trip luar KL Ajue pergi semata mata unyuk meluaskan network Ajue secara tak langsung nak bantu rakan kongsi qualified pakej nih.

Dari ke utara semenanjung iaitu Padang Besar, Perlis dan hari ni pulak cover pantai timur. Dari KL ker Kerteh. Lepas tu ke Terengganu dan sekarang kat Kota Bharu, Kelantan. Esok ke Gua Musang pulak dan patah balik Kota Bharu.

Perjalanan Ajue ditemani dengan hujan lebat dan guruh berdentum. Takut jugak rasa tapi Ajue gagahi jugak memandu pelahan lahan hingga sampai ke destinasi. Begitulah dengan perjalanan bisness kita jugak. Walau ribut petir dihadapan, kita teruskan jugak usaha, akhirnya kita akan berjaya, insyaAllah.

Dah lama tak drive jauh jauh dan lama macam nih. Dulu pernah buat jugak masa kerja Encoral. Pusing satu Malaysia dengan Kenari.. Tapi masa tu anak anak kecik lagi, tak sekolah pon lagi. So boleh la nak angkut kesana sini sambil mak temankan. Ingat lagi masa tu handle projek kat Batu Pahat dan Arau. So, dari Johor, naik Terengganu ambik mak. Lalu Machang-Grik untuk ke utara, Arau. Lepak sana seminggu pastu balik KL. Sumer tu mampu Ajue lakukan kerana komited dengan pekerjaan Ajue. And it was 10 years ago!

Kebetulan pulak sekarang permintaan pakej tour ke europe pon ada. Ni sumer kerana Matta Fair yang baru berlangsung beberapa minggu lepas. Dan Ajuerashid Enterprise dihujani dengan permintaan quotation untuk Pelbagai destinasi.

Betul orang kata jauh perjalanan banyak pengalaman, pelbagai ragam manusia kita jumpa. Dan banyak jugak dapat rasa makanan setiap tempat kita pergi. Kat Terengganu try makan nasi minyak paling femes, kat warung zaky.

Lepas tu masa nak bertolak ke Kota Bharu, mak Ajue belikan Roti Paun. Roti nih simpan 2,3 hari still ok lagi. Pastu panaskan dalam microwave cicah ngan air neskopi.. Fuhhhh syokk habiss.

Sampai Kelantan, makcik Ajue belikan nasi lemak bersinar untuk breakfast. Memang bersinar sinar… Sedapppp. Sambal dia manis. Hehe sesuai dengan Ajue yang tak makan pedas nih..

Packaging dia pon cantik kan, amat sesuai kalau beli pastu lepak mana makan. Kat KL ada tak cam nih? Nampak dia tulis since 1975 lagi… Dahsyat orang kelantan berniaga kan. Tabik springgg kat orang kelantan dalam bab bab berniaga nih. Contoh paling hampir ialah CDM Kak Ana yang menjadi ikon jutawan yang asalnya dari seorang cikgu sahaja. Asalkan kita letak matlamat kat depan, kita mampu melakukannya. Jangan sesekali cakap tak tercapai dek akal. Sebab Rezeki berniaga amat luas untuk ditafsirkan. Makan gaji hanya 1/9 sahaja. Cuma kita kena kreatif dan ikut orang orang yang dah berjaya sebagai panduan. Kalau setiapkali jadikan contoh orang yang gagal, kat situ lah tempat kita. Tua atau muda, cepat atau lambat tu sumer tak penting. Selagi kita usaha dengan kudrat yang ada, insyaAllah semuanya akan kita capai, insyaAllah.

Yang penting kita berani untuk melakukan perubahan dalam hidup. Barulah akan berjaya!

Dan, kena ingat jugak, dalam masa kita membuat perubahan, ada jer hati manusia yang kurang senang dengan kita. Pedulikan semua tuh. Mereka tu sumer hanya tunggu masa nak tengok kita jatuh. Haruslah kuat semangat serta berfikiran positif.

Orait, dah panjang membebel. Nanti esok Ajue update lagi. Kita citer pasal aktiviti kat Kelantan pulak yer…

Till then,
Tchuss!

Wasallam…

1 thought on “Live Life To The Fullest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *