KYS Speech day 2019

Anis in Orchestra

Setiap tahun, KYS akan mengadakan Speech Day iaitu Hari Penyampaian Hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam akademik dan lain lain bidang. Anis, walaubagaimanapon, bukanlah penerima hadiah, tapi Anis akan membuat persembahan orchestra beginner pada hari tersebut.

Anis yang langsung tak tahu apa apa pasal muzik apatah lagi bermain violin, akhirnya terpilih dalam Junior Orchestra Team KYS. Alhamdullilah Ajue tahu bukan mudah untuk seseorang menguasai violin ni.

Sedar tak sedar, dah setahun Anis berjaya survive di KYS. Dan insyaAllah Ajue doakan Anis berjaya menamatkan pengajiannya berbaki 4 tahun lagi dengan penuh kesabaran dan ketekunan. Semoga apa yang di hajatinya berjaya dicapai .

Selama setahun, pelbagai bidang ilmu dan value added baru yang Anis berjaya belajar dengan sesungguhnya. Walaupon bukanlah ke tahap tertinggi, namun Ajue yakin, suatu hari nanti Anis setanding dengan top student dalam bidang masing masing.

Antaranya, Marathon 5km, Swim Champ 50, WSC Global Round Manila, Archery wakil KYS, Beginner Orchestra, Mandarin dan Computer Programming A+. Tahniah Anis, dah cukup banyak bagi ibu kejayaan Anis dalam satu tahun ni.

Next year kita naik lagi satu level up ok 😉

Ajue sorang saja kali ni stay di Melaka. Asalnya semua nak pergi, tapi last minit Afiq ada bola Final AAJL, Ecah ada Final Exam Sem 1. So, kami dapat upgrade bilik Suite lagi sebab berdua lagi, instead of 2 bedroom connecting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *