Kejohanan Memanah + Birthday Ecah

Anjuran YB Seputih bertempat di IUKL, Kajang, PGH

Sempena dengan kejohanan ini, Ajue redeem vacation club Ajue yang ada balance 7 hari lagi untuk dihabiskan tahun ini. Ambil 2 malam dekat Palace of Golden Horses. Dekat sikit nak pergi padang, dalam 10 minit jer.

pagi tu Anis temankan Ajue ke padang. Panasnyaaa ya ampunnn. tak hingat. Nasib baik Ajue lepas QR tempat ke 4 Round pertama , dan ke 8 Round kedua.

Masa OR 1/16, Ajue menang. Lepas tu Ajue dah start migrain sebab panas sangat. Penganjur buat non stop game sebab nak elakkan hujan lebat lewat petang.

Masa 1/8 Ajue lawan dengan first ranking, hehe kalah teruk kena pukul. Sampai tertinggal arrow dekat target!! Lol,

Lepas packing semua, terus balik sebab Ajue dah tak tahan sangat. Balik bili, order room dining jer untuk anak anak, lepas tu Ajue telan panadol 3 biji. Terus settle. ZZZZ

Thank Anis, banyak tolong ibu masa tournament. Dia lah tukang buat liputan laporan. tukang payung Ajue, tukang ambik air dan semuanya lah… luv u Anisss

Kejohanan kali ni Ajue berkesempatan satu team dengan Wak dan Joe, otai lama dalam archery. Dah 20 tahun kami tinggal archery , tak sangka dapat satu team lagi.

Malam tu anak anak nak tengok Malipisen. So, ambik yang midnite show. Sempatlah kami dinner dulu. Besttt citer ni.. wajib ulang lagi, kan.

Sebelum checkout, redeem jugak final balance dalam TCM massage. Dapat lah Foot tuina dan Body tuina.. hilang lenguh lenguh badan lepas tournament.

Oh ya, sempat jugak meraikan birthday Ecah dah belated itu. Yer laaa nak tunggu semua ada, memang susah. Terpaksa tunggu Anis balik overnite baru boleh buat. hadiah charm pandora Ajue dah beli masa kat Nebraska dulu, hehe. hope Ecah suka la, dia ni susah sikit.. kalau tak suka nanti dia tak pakai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *