Kalam Syaabi SKTTDI2

Pada hari yang sama Anis tournament untuk MSSM WPKL, Afiq pula ada pertandingan Kalam Syaabi peringkat negeri juga.

Ajue terpaksa meminta pertolongan Adlan untuk menjaga Afiq kat rumah. Serba salah sebenarnya, sebab kedua duanya pertama kali menyertai pertandingan besar.

Alhamdullilah segalanya berjalan lancar. Pagi pagi Ajue akan call rumah nak make sure Afiq bangun. Sebab naknkena ada kat sekolah sebelum jam 7 pagi. Takut la jugak dua dua nya terbabas tido kan.

Lepas settle Anis, Ajue akan balik rumah. Settlekan dinner dengan anak anak semua. Lepas isyak Ajue keluar dengan Anis ke Sungai Besi untuk stay sana. Begitulah setiap hari selama 4 hari pertandingan berlangsung.

Cuma hari terakhir saja Ajue turun dari rumah sebab Ajue tak ambik cuti lagi.

Alhamdullilah SKTTDI2 menjadi johan dan akan berentap untuk.pemilihan kali kedua nanti.

Terima kasih Adlan kerana banyak membantu keluarga. Ajue bersyukur mempunyai anak anak yang tak banyak karenah, selalu bantu membantu antara satu sama lain. Sesama adik beradik sendiri. Kebetulan pulak Ecah baru masuk kolej dan takde cuti. Harapkan Adlan jer untuk kali ni.

Berkat kebaikan Adlan juga beliau selalu cemerlang dalam exam. Terkini untuk 1st year degree semester Summer, Adlan dapat 4.00 flat. Alhamdullilah, syukur. So far Adlan dah 3 kali dapat dean list. Syabass anakku.

 

IMG_20180713_085539_744

IMG_20180713_085539_746

IMG_20180713_085539_740

IMG_20180713_085539_741

IMG_20180713_085539_751

IMG_20180713_085539_753

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *