Innalillah, AlFatihah Amikib

21 Feb 1957 – 17 Nov 2019

Masa Ajue tengah tido di Melaka sempena Speech day KYS, mak call jam 4.30 pagi memaklumkan berita kematian bapa saudara Ajue, Amikib yang berada di Shah Alam.

Arwah jatuh sakit lepas Raya Haji tahun ni, asyik keluar masuk hospital. LAst Ajue menziarah arwah ialah seminggu sebelum dia meninggal. Masa tu arwah baru keluar PPUM. Kebetulan adik Ajue dari Paka pon datang sekali.

Arwah berkongsi tarikh lahir sama dengan Anis iaitu 21 February. Tapi sehingga kini plan untuk celebrate birthday bersama sama tak kesampaian 🙁

Rehat lah Amikib disana, semoga Allah mencucuri Rahmat terhadap roh beliau dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. Amminn.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. Sebelum tu, jenazah dimandikan dan kapankan di Masjid Kristal Seksyen 7 Shah Alam. Solat Jenazah dilakukan selepas Solat Zohor di Masjid yang sama.

Ajue terpaksa cancel beberapa plan dengan Anis. Lepas check out, bawak Anis makan dan beli barang dia nak dekat Mydin MITC Melaka. Tapau Mc D Chicken 5 ketul. Lepas tu jam 11.53 Ajue gerak dari Melaka. Alhamdullilah sempat solat Zohor berjemaah serta jenazah.

Masa dekat perkuburan, Ajue juga sempat untuk menatap wajah arwah sebelum disimpan. Masa tu orang tak ramai sebab masih dalam perjalanan dari masjid. Ajue park kereta kat luar, dan tengah jalan. So, lepas solat jenazah, Ajue bergegas untuk alihkan kereta. Sedang elok, masuk kereta nampak van jenazah keluar dari masjid, Ajue pon ikut dari belakang. Kalau dah rezeki yang Allah janjikan, adalah untuk Ajue kan. Dari Melaka lagi.. Alhamdullilah…

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *