Hari ni ada mood nak update blog.. so layanzzzz
Ok. Ni nak citer masa first week kat sini. Jarak apartment nak ke opis dalam 15 minit jalan kaki jer. Jadinya pergi balik dalam setengah jam. Tapi tengahari Ajue balik jugak sebab nak solat kan. So total berjalan sehari 1 jam gethu. Yay. Senaman paksaan sehari.
Alhamdullilah cuaca nyaman jerk minggu nih. Berangin dan sejukkkkk sangat. Kena pakai jaket. Ada sekali tu suhu drop sampai 20 deg jer.
Kalau hujan lagi laa kesejukan.
Patutla orang kat sini jalan laju laju macam nak kejar hantu. Rupanya Ajue pon sama.. sejuk kut.
Makan? Hmmm Ajue makan apa yang bawak bekalan jer. Sebab still awal nak explore apa ada kat sini kan.
Sekali jer minggu nih Ajue dinner kat Green Cafe hotel. Sebab tension tak leh siapkan keje hahaha. Boleh gethu?
So. Ni apa yang Ajue pakai untuk first week. Poyo kannnn. Hahahha
Okay … dah habis gambar baju. Ni nak citer satu benda plak. Masa Ajue nak depart tu, ternampak status kawan opis lama. Orga. Kawan Ajue ni dia dari Orga Brazil. So kenal dia masa kena duduk sana kejap. Apa lagi terus set date nak jumpa. Nak dijadikan citer pulak. Ada sorang lagi dari German tapi sekarang dia dah join Oracle kat Dubai. Pon kebetulan ada kat HK nih. Tapi apakan daya masa dia agak suntuk so tak dapat la jumpa Veit.
Sempat jumpa Gabriel jer. Thanks bro making your time that day. Lepas ni tak tahu lah bila lagi nak jumpa kan. Selalu tengok dia updates kat fb. Skrang dah Manager kat Amdocs.
Ajue naik MTR jumpa Gabriel . Ok lah senang jer. Sehala 5 stops jer. Balik tu jumpa 7 eleven. Cari neskaper. Hehe tak sangka kat HK pon ada.. yeszaaa
Sekali jer Ajue sempat masak nasi lemak. Hehe haishh baru tak sampai seminggu dah rindu nasik lemak Old Town. Huhuhu. Kali ni tak sempat beli telur lagi. So. Makan dengan sambal bilis dan kerang jer.
Oh yer lupa nak citer. Ni bangunan opis. Pastu kan kalau nak naik tingkat berapa kita nak pergi, kena tekan nombor dulu sebelum masuk lift. Pastu dia akan tunjuk lift mana kita kena naik. Jangan silap pulaks nanti dia tak stop kat floor kita nak pergi. Lagioon dalam lift takde butang dah. Hehe
Ok.. dah weekend pertama. Ajue sempat la pergi market place jer kat depan apartment nih. Malas plak nak keluar sebab ada 2 defect nak kena submit hari Isnin. So lepak bilik jer la..
Haaa lupa pulak nak cakap. Ada sekali tu kan yang Ajue tension sebab tak sempat siap keje. So. Penyudahnya. Balik apartment hari tu pi makan Salmon Steak.. sedappp
Kena pulak dengan favourite drink Ajue. Latte. Walla!!
Okay habis part II. Sat no, kita berenti solat maghrib jap. Pastu sambung part III. Eh eh loghrat utara pasai apaa. Kompem terpengaruh dengan Ayu Maisarah ni.. ahaks!