Hari Sukan Negara

Salam sukan, Salam sihat semua,

Pada 10 Oktober 2015 tahun ini, telah diisytiharkan sebagai Hari Sukan Negara yang merupakan cuti umum seluruh negara dan akan disambut setiap tahun selepas ini. Ini selaras dengan matlamat Menteri Belia dan Sukan Negara untuk menjadikan rakyat Malaysia yang sentiasa bersukan dan sihat ‘fit’. Acara Hari Sukan Negara telah disambut secara serentak di seluruh negara bermula dengan perasmiannya di UITM Shah Alam oleh YB KJ sendiri.

Manakala di peringkat sekolah pula diadakan hari ganti tapi para pelajar dan ibu bapa dijemput untuk sama sama bersukan. Sudah menjadi kemestian Ajue untuk melibatkan diri dengan sambutan sebegini kerana sukan memang dah menjadi sebahagian daripada kehidupan Ajue sejak sekolah rendah lagi. Dulu Ajue pelari 400m masa sekolah rendah, pastu masuk U Ajue menghabiskan masa 4 tahun dengan Archery dengan menyertai pelbagai kejohanan antara university, Sukan Malaysia mewakili negeri Terengganu dan juga di luar negara.

Semangat bersukan diteruskan dengan melibatkan diri dengan Running dan Marathon pula sejak masuk 4 series nih. Nanti kita update sesuatu yang menarik pasal Marathon ni kay.

Okay, berbalik dengan Hari Sukan Negara, sambutan di SKTTDI(2) dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB KJ yang turut serta bermain hampir kesemua permainan pada hari tersebut, caya lah KJ!. Kagum tengok KJ, satu satunya Menteri yang amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Beliau sangat sangat sporting dan tak pernah sombong dengan sesiapa saja.

So, apa lagi readers, jom lah kita menyihatkan diri dengan bersukan kay!!

 

IMG-20151010-WA0010

20151010_115958

20151010_115809

20151010_115041

20151010_114518

20151010_114358

20151010_094644

20151010_091550

20151010_094542

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *