Hari Orientasi Tahun Satu dan Prasekolah SK24

Alhamdullilah selesai hari Orientasi Tahun Satu SK 24 tadi.

Anak bongsu Ajue masuk Tahun 1. So tadi pergi dengar taklimat penyelaras tahun satu.

Dan Ajue sebagai YDP PIBG pon turut memberi sedikit ucapan kepada ibu bapa yang hadir. Terutamanya berkenaan dengan kerjasama ibu bapa untuk tidak lepak di kantin sekolah semasa waktu rehat pelajar untuk mengelakkan kesesakan di dewan kantin.

Tahun ni kemasukan pelajar amat tinggi iaitu seramai hampir 280 orang dan SK24 kekurangan guru. Bayangkan satu kelas terdapat hampir 47 orang. Sudah tentu pembelajaran agak sukar diikuti.

Ajue harap sangat pihak kementerian dapat menitikberatkan hal ini kerana persekolahan akan dibuka tak lama lagi.

Apiq ni tengoklah.. dari dalam kereta lagi dah bukak baju. Panas katanya. Aduhaiii… camaner la nanti agaknya bila dah betul betul sekolah kan.

Okay la. Apa apa pon tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Tahun Satu di SK24. Semoga anak anak semua gembira dan suka belajar di sekolah ni nanti yer. Kita sama sama mencipta kecemerlangan kay.

Jumpa anda dipuncak kejayaan. All the best anak anak Ibu!!

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *