Hari Orientasi Sekolah

Gerenti hari ni ramai anak anak atau adik adik kita yang menjalan Hari Orientasi kan. Bagi Ajue, ada 2 orang. Dua dua pompuan. Yang si Ecah orientasi sekolah menengah dari jam 8 pagi sampailah jam 11.30 pagi tadi. Pastu si princess Anis pulak jam 10 pagi sampailah 12 tengahari.

So, kami terpaksa spilt lah bahagi tugas. Mula mula semua ke sekolah Ecah dulu untuk Tingkatan Satu. Then lebih kurang jam 9.30 pagi hubby terpaksa balik tukar baju Anis untuk Tahun Satu lak.

Ok, dah diberi penerangan pasal PBS, BEN, SET semua tu. fahamlah sikit pasal sistem pembelajaran sekarang nih. Berbeza sesangat dengan zaman Ajue dulu. Bagus jugak macam nih, rasanya anak anak lebihberdikari kut. Sekolah Ecah nih, sekolah harian biasa tapi ada asrama untuk pelajar yang jauh. Last PMR result pencaian keenam terbaik daerah Petaling Perdana seramai 56 pelajar mendapat straight A’s. Ok kan, not bad lah sekolah nih. Ecah dapat kelas KAA.

Orait, proceed to Sekolah kebangsaan lak. Untuk jangkamasa dua minggu nih semua pelajar dalam kelas transisi iaitu bukan kelas kekal lagi. Sebab kelas disusun ikut tarikh daftar dulu. Nanti lepas exam hari Rabu nih baru pelajar akan disusun balik ikut pencapaiaan masing masing. Tapi Anis bertuah kerana ditempatkan dalam 1 Amanah.

Ok, semua dah selesai, sekarang ke sekolah agama pulak daftar untuk KAFA. Nama Anis tiaa dalam list sebab kelas terhad. Nanti bila dah pindah bangunan baru maybe ada kekosongan untuk Anis nanti.

So, jom kita tengok gambar sekitar hari orientasi ni..

Tengah menunggu…

Nak tengok sesuatu yang berbeza tak antara ketiga tiga anak masa orientasi dulu dulu?

Ni Anis. Muka nampak confident, and very independent. Semua tempat dah tahu. Kat toiletnyer, garisan merah tak boleh pijak, mana kantin tempat beli beli..

Ni pulak Ecah, masa tadika Krista kat Rawang… Cekenet nyer kannn…

Dannnnn ni pulak Adlan. Abang sulung.. Hmmmmm… Kasut pon ibu kena tolong pakaikan… Hehehehe. Ajue masa tu tengah sarat peknenkan Anis.

Ada dayang dayang lak tu siapkan dia…

Dannnn ni paling bestttt.. Layannnn

Hhuhuhu TIDO???? apadaaaaa

 

20121231-173758.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *