Lama sungguh tak update. Penangan GoldCoast lah ni.. Lepas tu balik Shah Alam sibuk dengan persiapan SM SSM Seminar pulak. Ni baru ada masa nak update.
Well, seperti yang sudah sedia maklum, kami Glampreneurs berlepas ke Gold Coast pada 15 February 2014 lepas. Kami merupakan kumpulan terakhir dalam group Hai O yang terdiri daripada 100 orang qualifiers. Keseluruhan Hai O ialah 300 orang. So kami merupakan kumpulan terbesar ke sana. Alhamdullah… well done glampreneurs!!!
Walaupon founder kami iaitu CDM Hanis Haizi tak dapat sama sama ke Gold Coast kerana baru jer melahirkan baby namun semangat serta aura kumpulan beliau tetap kami bawa sampai ke sana.
Kami Glampreneurs sendiri berpecah kepada 3 flights. Ajue merupakan flight pertama melalui Singapore. sungguh happening dan meriah serta besttttt kumpulan Ajue kali ni. Mana taknya, semua yang kepala gila gila dan sangat sangat sporting. Boleh katakan ni yang paling seronok trip ke oversea dengan Hai O. Semua nya rawk dan selamber. Ajue membawa dua rakan kongsi kali ni iaitu Farouk dan juga Ferrie.
To team, Ajue really enjoy bersama sama dengan semua!!
Kak Ween
Abg Rijal
Farouk
Ferrie
Along
Ecak
Elya
Deena
Warni
Alia
Haikal
Lina
Effa