Edisi Raya Shah Alam dan Bukit Jelutong

Salam Raya…

Tahun ni Ajue beraya di Shah Alam dulu selama dua hari. Selepas tu baru balik kampung kat Terengganu dan Kelantan. Sebabnya, tahun ni plan asal nak buat lemang dan rendang kat rumah Ajue, last minit terpaksa cancel disebabkan anak saudara Ajue masuk wad.

So, tema tahun ni kami pilih warna purple. Bukan pilih tapi sebenarnya recycle baju yang kami buat untuk dua wedding family. Satunya adik ipar Ajue bulan april hari tu dan satu lagi sepupu Ajue bulan jun lepas.

image

Menu apa pagi raya? Memandang kan mak Ajue beraya dengan Ajue tahun ni, Ajue masak special nasi Briyani resepi pakistan dari kawan baik Ajue, Datin Ida. Licinnnnn

image

Satay dan kuah kacang pulak mak Ajue bawak dari Terengganu. Nasi impit rebus sendiri.

OhYa, lupa nak bagi tau. Malam raya tu KRT Kejiranan Rukun Tetangga Ayusutra menganjurkan takbir raya dari rumah ke rumah. Alhamdullilah, oleh kerana kami beraya di sini, jadi rumah Ajue pin mendapat kunjungan jiran jiran untuk bertakbir raya. Sejuk dengar orang bertakbir malam tu. Ajue sempat menjamu para tetamu dengan mi goreng.

image

image

image

Orait rumah pertama kami beraya ialah rumah makcik dan pakcik Ajue, kat seksyen 9 dan seksyen 7. Lepas tu ke rumah kakak Ajue pulak kat Seri Kembangan. Jom kita layan gambar sekitar raya pertama kay.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Okay, settle belah Ajue.
Raya kedua pulak rumah mentua kat Bukit Jelutong. Lepas rumah sedara belah Shahril. Malam pulak kami dah bertolak balik ke Terengganu.

Jom tengok sambungan gambar raya hari kedua pulak kay.

image

image

image

image

image

Yang paling seronok ialah kanak kanak. Sebab nak kutip duit raya. Pastu malam malam kira sapa banyak.. hehhe teringat zaman Ajue dulu dulu pon macam tu jugak.

Tapi dulu Ajue beraya di kampung .. beraya pon jalan kaki ramai ramai. Pakai masuk jer rumah jiran jiran. Kalau nak bandingkan raya dikampung dan bandar, Ajue lagi suka kat kampung. Masuk kejap kejap jer kat rumah , makan biskut raya, minum air, pastu salam dapat duit raya. Pastu rumah seterusnya.. syokkkk kann.
Raya kat bandar lepak rumah 2 3 jam, sembang lama lama boleh cover paling banyak 2 rumah jer. Hmmm well terpulang pada individu la kan mana lagi seronok. Maybe Ajue suka kat kampung sebab masa tu kecik lagi, ingat nak kutip duit raya jer hehe.

Terdetik dalam hati Ajue, by age 50 kut Ajue nak balik kampung.. tinggal tetap kat sana. Masa tu anak anak dah besar so diorang boleh tinggal dimana mana mereka suka. Time raya kena balik kampung rumah Ajue. Pasang pelita main bunga api, masak rendang, bakar satay.. suasana kampung gethu. Wow , best kannnnn. InsyaAllah… semoga menjadi kenyataan. Ameennn. Sebab tu kena kumpul duit dari sekarang savings kena ada, sebab untuk kesenangan di hari tua kan. Tak perlu nak kerja sampai pencen. Dah tua nanti, nak kena ada family bonding yang kukuh agar ikatan kekeluargaan diteruskan ke generasi seterusnya. Walau setinggi mana sekalipon kita berada, adat dan tradisi melayu jangan di lupakan. Nanti anak cucu tak kenal kampung tu apa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *