DLP Half Marathon 2016

OMG!!!

Masa mula mula keluar announcement yang DLP (Disneyland Paris) nak menganjurkan Marathon, Ajue sangat sangat teruja , sangat!! Mana taknya, kalau DLP ni memang tempat fav Ajue untuk bercuti. Since 2006 Ajue first time ke sini, pastu  2009, 2010,2102 dan 2014. Memang kenangan paling tak dapat dilupakan pada 2010 di mana Ajue seramai 9 ahli keluarga terperangkap dalan snow yang tebal meliputi seluruh Europe. Beberapa attractions dalam Disneyland Park terpaksa ditutup sebab semua beku. Paling seronok sebab dapat bawak mak dan mak mentua first time main snow.

Okay, tu citer lama, sajer nak ambik mood nak pergi lagi tahun depan insyaAllah.

Masa runDisney keluar announcement yang ticket race hanya dibuka untuk jualan pada 13 Oktober lepas, Ajue sangat berdebar2. Sebab Marathon ni international event, tengok review pon saja dah cukup trauma sebab runners datang dari seluruh dunia. Bayangkan ni first time DLP anjurkan, selepas menyahut cabaran runDisney kat US yang sudah berpuluh puluh tahun acara Marathon diadakan di dalam Disneyland.

Actually company Ajue bekerja pon ada offer Ajue untuk lari Marathon di Lake Buena Vista, Orlando January depan tapi memandangkan Ajue belum bersedia maka terpaksa lah Ajue menolak. Oh ya, company Ajue merupakan main sponsor untuk runDisney di Orlando! Tak caya? cuba google.. hehe

Since DLP Half Marathon ni julung julung kali diadakan, dan dijadualkan pada September 2016, maka Ajue sangat teruja untuk menyertainya. Bukan Ajue saja, malah anak anak semua turut teruja dengan marathon ini. Adlan siap request nak lari 5km. Aisyah pon sama. Apatah lagi Anis dan Afiq. Jadi Ajue ingat nak register kan semua.

So, pada hari yang ditunggu2, race entry price pon keluar kat website utama DLP HM ni. Namun, kami hanya dapat buat pendaftaran melalui Travel Agent yang terpilih oleh penganjur. Nak dijadikan citer, 2/3 race entry dijangka akan dijualkan bersama sama dengan hotel package. Tiada single race entry pada 13 Oktober!. So, kalau nak join, semua runners wajib ambik pakej hotel Disneyland. Mak aiiii!!

Since Ajue dah biasa dengan persekitaran Disneyland, maka Ajue lagi suka kalau stay kat area Val d Europe sebab sebelah jer dengan La Vallee Outlet. Boleh cuci mata! haha

Hati berbelah bagi sebenarnya nak register ker tak. Sebab next date penganjur akan jual single entry yang berbaki 1/3 saja hanya dalam bulan January tahun depan. tu pon limited saja. Ai seh!!! Sekali tengok website TA, kesemua pakej Ajue rasa sangat mahal. Sebab at least kena 2 malam stay kat hotel Disneyland, yang mana sudah tentu Ajue tak akan stay pon. Tapi hati ni mana boleh tahan tengok updates dari closed group kat facebook, ramai yang update sold out. Ayoyoyoyo… takutttttt.

Masa tengah keje pon takleh concentrate sebab risau race entry sold out. So, lepas keje, dah settle semua anak2 Ajue try browse beberapa TA (travel agent) yang offer package. Cuma ada satu yang Ajue rasa workable sebab deposit 50% dan balance dia nanti pada July 2016. Dan pakej ni siap boleh add on race entry lagi. Terus laaa Ajue book 2 malam untuk 2 orang, pastu add on untuk anak anak semua. Alhamdullilah… !!!

Soooooo, next year boleh balik kampung yeay!!! Sekarang misi untuk kumpul duit, training training dan training sebab Ajue akan buat first Half Marathon tahun depan, insyaAllah. Maka dengan ini, diisytiharkan, tahun depan Ajue taknak ambik cuti (kalau boleh) sampailah September nanti… teet!

Since masa register untuk pakej 2 pax terpakda letak nama Adlan saja. Tak tahu camaner arrangement dia nanti. Should be boleh customized lah kut kan, name on bib nanti. Takkan Ajue pulak nak lari 1KM haha. Anyway, keep follow my blog kay for more update on this.

Screenshot_2015-10-13-23-09-16
image

image

image

image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *