Salam all,
Hari ni nak citer kejadian semasa mengambil racekit, bib dan running tshirt. Pagi tu Ajue dan Ecah sempat turun bandar Paris kejap, ada hal yang tak dapat dielakkan. Lepas settle terus kelam kabut balik Serris untuk collect racekit. So right timing dengan yang lain lain jumpa kat bus station sebelah train station Marne La Vallee. Ingatkan kami dah awal, rupanya beratur giler panjang. Ramai lagi yang datang awal dari kami walaupon masa collection belum bukak lagi… semua exited kan.
Masa tengah beratur jumpa dengan omputeh sorang ni, sambil tolak trolly anak dia.. dia boleh cakap Melayu!.. rupanya dia dari US memang kaki running. Especially Disneyland atau Walt Dismey Marathon, semua dia dah masuk. Kali ni dia run HM dan anak dia run Kid Dash. Beth Pearson nama dia..
Beth boleh cakap melayu sebab dia keje kat Bali, Indonesia. Wow. hebatkan.
Masa dalam hall lepas Q panjang panjang tu, terus pergi kaunter ikut Abjad Pertama nama kita kategory masing masing. Alhamdullilah semua dah dapat baju dan bib. Ajue sempat beli beberapa energy bar untuk run HM nanti. First time nak try, sebab before this run 10km tak perlu kut rasanya. Ni pertama kali nak run HM cuak jugak laa
Masa OTW nak gi train station RER lalu dekat hotel Ajue tinggal masa February last year. Best aparthotel ni… tapi sebab agak jauh dari La Vallee outlet jadi Ajue tak rekomen lah, dengan anak anak nyer nak mengangkut beg.. memang tak sesuai..
OK,, here we go! Racekit collection..
As usual, posing itu penting.. sebab nanti ibu nak buat blog. lol
Yeay, dah dapat masing masing punya racekit!
Perut dah lapar…. kita makan dulu!. Mc D memang famous la kalau kat Disneyland… rasanya Ajue tak pernah miss lagi makan kat sini. Since 2006 lagi memang tempat wajib masuk. haha
Lepas kenyang, shopping costume pulak… punya laaa susah nak decide nak jadi apa untuk run esok…. last last Adlan nak pakai benda yang kat atas kepala dia jer. haha,, nor bad huh
Ni sessi berargue dengan si kecik, sumer benda dia nak! semua costume dia nak pakai.. haishhhhh puas abang dia explain…
haha, teringin nak pakai, kalau run 1km boleh kut. ni 21KM kan! giler serabai
Topi ni pon dia nak…
Balik rumah, ngadap DOTA kat you tube!
Comelkannn…… Elsa dan Anna Frozen. Ntah sapa sapa jer si Ecah ni snap
Oh ya, ni Shahril beli untuk dia… ok la,, harga outlet.
Ni pulak, belikan untuk mak mak… Mama Ajue satu, mama Shahril satu.
Wolla!!
OK, ni kat dalam hotel New York Disney.
Sempat melawat tempat Adlan dan Ecah nak run esok..
Kid Dash kat sekeliling tasik…
This is Beth Pearson…. nak tahu… bilik dia berdepan dengan bilik kami… lol. jodoh kuat betul dengan dia.. best!!!
Ready or not, here we come!!!