Disneyland Paris Marathon – Race Day

Salam sejahtera,

Lama tak update dah tepu otak nak karang nih. So, sementara menunggu washing machine tu habiskan baju nak dicuci, meh kita tengok apa yang boleh update. Hehe..

Okay, kali ni nak cerita pasal race Day.. hari yang ditunggu tunggu oleh semua.. Race day dimulakan dengan 5km dulu, iaitu untuk Adlan dan Ecah. Kitaorang dah plan, Ajue bawak Adlan dan Ecah turun breakfast dan tunggu sampai habis run. Sementara tu, Ayah siapkan Anis dan Apiq sebab kids dash start lepas tu, Ajue maybe tak sempat nak balik lari siapkan diorang. Sebab tu Ajue ambik hotel dalam Disney, sebab nak dekat dan senang. Actually dari hotel boleh nampak venue nak run. So, takde lah risau kalau terlambat kan. Kami first time nak run di luar negara.. Sebelom ni kami run KL dan Kuching jer. masing masing dah tahu apa nak ready dan pakai on the race day. So, less supervision lah dari kami.

Hotel New York ada menyediakan pre-run breakfast, janji tunjukkan bib saja. So, just take lite meal alas perut untuk Alan dan Ecah. Pastu naik bilik untuk solat Subuh, then turun balik untuk run. Adlan tak sama coral dengan Ecah. Alan run dulu, baru Ecah. Ajue pon tak tahu caner diorang bahagi bahagikan coral..

Lepas diorang dah masuk coral masing masing, Ajue cepat cepat tunggu kat tempat lain, sebab nak ambik video. Letih gak laaa tunggu sebab tak dengar coral mana dulu. Alan langsung tak nampak, tapi sempat nampak Ecah jer. Siap jerit kuat kuat nama Ecah.. hehehhe. Bila dah melepasi Ajue, Ajue terus patah balik tempat Start untuk tunggu siapa sampai dulu..

Ya Rabbi, Alan pecut agaknya, tak sampai 30 minit dia dah sampai. Terkejut Ajue. Laju giler.. rileks jer dia approach finishing line.. Cayalah!!!! Alan kata langsung tak penat sebab sejuk.. syokkk sebab lalu dalam Park dan Disney Studio.. Pastu kitaorang bergamabr kejap sambil tunggu Ecah. Ajue risau Ecah ni sebab dia first day period masa tu.. Takut dia pingsan jer.

Dari jauh nampak kelibat perempuan tudung hitam, menangis dia… kesian tengok. Rupanya dia happy sebab mampu habiskan larian buat pertama kali dia!!! Kagum dengan semangat dia.. Ecah kata period pain tak rasa sebab sejuk.. so, dia jog campur lari sikit2 jer. Dia lambat sebab coral dia lepas lambat dari Alan.. oooo patutlah..

Anyway, tahniahhhh anak anak ibu kerana berjaya menghabiskan 5KM di Paris!!!! Next time kita run yang jauh sikit kay.

 

20160924_060013

20160924_060024

20160924_060032

20160924_062746

20160924_063044

20160924_063112

20160924_065725

20160924_073538

20160924_073917

20160924_074045

20160924_075938

20160924_080653

20160924_080918

 

Bila dah habis, kami cepat cepat balik hotel. Anis dan Apiq tengah breakfast, siap lengkap dengan costume masing masing… Sebelum run sempat ambik gambar dulu.. dengan Jalur Gemilang, lambang lebanggaan kami, kami dari Malaysia!!! Malaysia Boleh!!! Kids Dash start agak lewat dari jadual, terus lari plan kami nak masuk Park awal. Diorag start pon dah kol 11 lebih.. kesian tengok. Cuaca sedikit panas dah masa tu. Anis dan Apiq coral yang sama, so sama sama lari. Dan yang pastinya, Apiq tetap pecut hingga ke garisan penamat. Apiq nombor 5 out of 400++ kids yang lari!!!! I am soooo proud mother, yeahhhh. Kagum dengan Apiq, bakat dia memnag kat situ. Masa KL Marathon pon dia podium, sebab top 3!!. Tapi kat Paris takde podium. Its ok, janji semua anak anak sports sama dengan ibu!! Anis agak kebelakang sikit. Tapi Alhamdullilah dia cuba sedaya upaya untuk habiskan larian. Dengan baju Frozennya bagai.. hehe suka hatilahh janji happy!! Jomblo Happy gethu!!!

20160924_090047

20160924_101607

20160924_104829

 

Lepas habis run, kami masuk Park. FREE jer sebab kami dapat tiket sekali dengan hotel. So, naik semua yang roller coster bagai sampai termuntah haha… Ajue taknak lasak sangat sebab esok turn Ajue pulak nak run … yesss my first ever Half Marathon!!!

20160924_112757

20160924_113617

20160924_123607

20160924_151211

20160924_160502

20160924_182639

Okay, ni hari kedua race pulak. Ajue turun sorang dulu breakfast alas perut… pastu macam semalam jugak. Naik untuk solat Subuh then rush to Starting line. Coral Ajue lambatnya nak dilepaskan. rasa masa tu dah 8 pagi lebih kut… matahari pon dah keluar.. Ajue dah risau giler.. sebab panik naper lambat sangat nak mula run. Ajue run 7km straight non stop. Memang dah target nak run macam tu. Then sampai kat water station, Ajue minum sports drink, makan energy bar. Lepas start run balik sampai KM14. Yessss I’m still alive hehe. Penat jangan citer ahhhh sebab ni first ttime Ajue run lebih 10KM. Kat Kuching last Ajue run 10KM. Badan masih boleh bertahan…

Tengah run, tak ingat KM ke berapa ntah, jumpa Beth. Laju gak dia…. Then bila dah KM19 Ajue dah mula tak larat sangat sangat. Rasa nak pengsan pon ada… sib baik energy gel ada lagi, Ajue makan, minum sports drink.. memang banyak giler water station… best lari kat Paris nih. Supporters dia jugak sangat ramai dan sangat supportive!!! Seingat Ajue la, route tu lalu kampung, bendang, hiway, ada roundbut, masuk stadium pon ada. Memang kiri kanan ada jer supporters yang support kitaorang… cayalah Parisian!!!

Bila sampai kat satu water station tu, ada orang jerit Malaysia Malaysia.. muslim muslim.. siap bagi salam lagi… Ajue terharu terus nangis peluk orang tu.. dia cakap go go go girl… muslim can do it!! terus bertambah tambah semangat nak habiskan larian. Actually Ajue target nak habiskan dalam 3jam tapi badan tersangat tak mampu dah.. Ajue heret kaki jer sampai ker FL. Masa dah masuk Park balik, Ajue dengan ada orag jerit ibuuuu ibuuuu.. rupanya, anak anak Ajue sedia menunggu dah…  masa tu rasanya KM20.. lagi 1KM++ nak habis.. dan Ajue masih tak nampak Ayah kat mana..

Bila dah nampak gerbang FL, baru nampak Ayah dah standby dengan henponnya. ambik video. Masa tu Ajue pon mula on video dan lari pegang video sambil nangis!!! Terharu ada, sedih ada, gembira pon ada… macam ni la kut perasaan runners bila nampak FL.. dalam hati yang sumpah seranah naper lari HM tadi tiba tiba dah lepas, hilang dah… yang ada semangat nak marathon lagik!! Yes!!! i will run HM again and again for sure.

20160925_062045

20160925_062412

20160925_074809

20160925_085401

20160925_085409

20160925_085518

20160925_090007

20160925_090655

20160925_092303

20160925_092521

20160925_095428

20160925_100225

20160925_110128

20160925_111930

 

 

 

Yeay!!!! I am HM finisher!!! Alhamdullilah… Lepas habis run, Ajue balik bilik rehat jap. Mandi dan checkout. anak anak nak masuk Disney Studio.  Ajue sempat lunch dengan diorang sebelom Ajue sorang sorang gi checkin Hotel Adagio balik.

20160925_135528

20160925_143515

20160925_145121

20160925_210103

20160926_074658

 

Hasil running kami!!! HM,5KM,1KM. See you next!!! Orlando????

 

00c86a02-004c-4b1d-9fb4-0442572a0062

1b74bc11-66d7-495e-896a-71aef389ed69

1d72c681-b14b-43eb-8568-dbaf3bcb46f7

1e34ad9a-008b-4add-819e-592b8d96fa4d

2dd12d98-7ccc-4eec-8140-22c559346eb1

004ba701-a0cb-408f-a8f6-753dfcceb6a7

5e322e0a-c74f-4da1-9a19-6018ec557806

5ea9c0e3-e03e-4c1c-8dc4-530aecf29660

8ffe5be1-d98a-4b81-98d9-c3a124330c0c

45a941f8-5985-466b-ae8e-47e87471f11b

208e0f8d-6bf8-4761-925e-989b8f4febc6

507e7985-6fdb-42f8-802d-bdbe20db3c64

 

 

Gambar gambar cantik ni ajue dapat dari website DLP .. cantik kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *