Demo BVSM di Terengganu

Salam all,

Baru baru ni Ajue berkesempatan untuk balik ke kampung untuk mengadakan satu demo tilam Bio Velocity, produk baru keluaran Hai O.

Tilam nih actually sesuai untuk pesakit berikut..

So, kebetulan nenek Ajue memang ada stroke dan tangan kanannya kurang berfungsi secara normal. Tapi setelah beberapa jam Ajue alaskan tilam bio ni di bawah tangan dia, dia cakap maca ada rasa semut gigit dari dalam. Rasa berdenyut pon ada. Alhamdullilah , gembira Ajue dengar ni. Sebab sebelum nih dah ada Ajue dengar testimoni pesakit stroke setelah menggunakan tilam bio nih. Tapi dengan live demo serta testimoni yang Ajue sendiri lakukan, Ajue yakin tilam ini mampu membantu pesakit stroke, in sha Allah.

Dan, alang alang dah balik Terengganu, tak sah kalau tak pekena makanan yang sedap sedap.. Meh tengok nih..

Ni breakfast masa hari pertama sampai. Menu nasi dagang dan nasi lemak lauk ikan . Special makcik Ajue sediakan.. Bestttttt

Pastu Terus draft itinerary untuk rombongan ke New Zealand. Sebabnya, pengerusi kelab ada kat sini, so, draft pertama berjaya kami laksanakan. Sekadar informasi, Ajuerashid Enterprise akan mengadakan kembara New Zealand secara Motorhome selama 12 hari. So far dah ada lebih kurang 30 ahli berdaftar. Dalam 6 biji Motorhome gitu. Nanti yer, Ajue updatekan from time to time pasal kembara nih.

Esoknya pulak penuh dengan aktiviti. Non stop sampai lah ke flight balik KL.

Breakfast kat kampung Gong Kapas, tempat Ajue tinggal dengan nenek Ajue masa kecik kecik dulu. Ingat lagi, kedai Kolek nih dulu kecik jer. Selalu makan kat sini makam malam lepas habis tusyen.

Murah jer makan kat sini. Sedap pulak tuh.

Lepas tuh ke pasar kedai payang pulak… Sajer jamu mata… Hehe

Oh ya, sebelum tuh sempat singgah terminal bas untuk pos bvsm kepada rakan kongsi Ajue di Kelantan. Diorang ada berderet client yang menunggu untuk merasa kelebihan produk tilam bio nih..

On the way nak balik rumah mak Ajue kat permin jaya, Ajue sempat singgah kat gerak jual kuih muih. Tu diaaaaaa sampai fenin nak beli yang mana satu. Kuih kuih nih jarang jumpa kat KL. Untung kan, duduk kat kampung, boleh makan macam macam.

Tak puas balik Terengganu, rasa nak balik lagi. InsyaAllah, lepas nih kerap kut balik kampung. Nak tengok hasil dagangan???

Hehehhehhe 76kg semuanya, jangan maraa naaa

S, sampai kat airport, terjumpa kakak Ajue pon nak pergi KL. tapi flight kami lain lain. Sempat snap gambar. Sama tak muka kami?

Kakak yang kiri sekali tu tokey songket. Memang dah buat biznes since tahun 2000 lagi. Sekarang dah memang senang sangat sangat. Kahum dengan ketabahan beliau. Siap beemers 2 bijik. 3 series, 5 series. Rav4, Sportage, Alza, Myvi. Sekarang tengah buat banglo 14 bilik pulak!!!.. Ada swimming pool lagi. Alhamdullilah, Ajue bangga dengan dia. Bukan tu sajer, setiap kali raya kakak Ajue di memang spent time kat Mekah sebulan bulan Ramadhan dan terus beraya di sana. Masuk tahun ni in sha Allah dah 17 kali dia beraya di Mekah.

Yang kanan Ajue tu pulak tokey travel. Cakap jer mana destinasi yang dia tak pergi. Semua dah dia jelajahi. Setakat Bandung dan Veitnam tu dah macam balik kampung jer… Europe, USA, Aussie, New Zealnd, Korea tu memang destinasi favorite dia… Actually Ajuerashid Enterprise pon banyak guna khidmat dia jugak. Kami adik beradik nih kaki melancong.. Hehehehe

Dan yang tengah tuh sedang mengikuti jejak langkah kakak kakak nya… Siapa lagi, Ajue lah tuh. Walaupon Ajue baru dalam dunia bisnes tapi semangat nak berjaya tetap teguh dan tak pernah goyang. Ajue akan usahakan sedaya upaya Ajue untuk berjaya jugak dan selebihnya menyerahkan kepada Allah. Kita mampu merancang tapi petancangan Allah lebih hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *