Demi Masa….

Keperluan asas dah ada, rumah , kereta, happy family, health plan, education plan, retirement plan, vacation club. Tapi yang takde cuma MASA.

Camaner nak cari masa? camaner nak kejar masa? selalu orang cakap takde masa, walhal masa tu ada cuma kita jer kena cari. Sampai saat tulis blog ni pon still curi2 masa, kerja tak tentu masa…

Teringat lagu Raihan:

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Adlan baru jer habis UPSR, next year dah masuk secondary school. Kalau dapat masuk SBP (sekolah berasrama penuh), maka terpaksala berjauhan dengan dia. Kejap jer masa berlalu kan. Next year Aisyah pulak UPSR. Then in the next 6 years, si kenit Anis dan Afiq pulak sekolah rendah…. Terasa sungguh cepatnya masa berlalu. Rasanya kalau di tunggu, sampai bila-bila pon impian dan matlamat tak tercapai. 





Adlan just finished his UPSR












Apiq, tak sampai setahun dua kali kena stitch












Aisyah, next year lak UPSR…








Anis, next year dah 6 tahun. 









Impian dan Matlamat Hidup
  • Nak sentiasa dekat dengan anak2
  • Nak kurangkan kerja luar
  • Nak sentiasa ada MASA dengan family
  • Nak menabung sebanyak yang mungkin so that by age 40 tak perlu kerja lagi!
  • Nak travel FREE jugak .. hehehe

Tapi camaner????


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *