Career vs Family … part 1

Mana satu pilihan utama? Bagi yang ada anak sure cakap family, betul tak? Tapi hakikatnya, berapa ramai yang sanggup lupakan career semata-mata untuk family? Mungkin ada yang kata kena lah kejar career untuk family jugak.. Kenalah kerja, habis tu camaner nak support family.
I started to work since I was 23, betul-betul baru lepas grad. Masa tu tengah training U, company tu offer jadi staff. So tak perlu nak apply kerja terus jer dapat. Company tu nama dia Encoral Sdb Bhd (ANSI). 5 tahun kat situ sebelom start lompat-lompat kerja .. 😉
Dari junior, ke senior, pastu team lead rasanya dah 5 company I join. Macam-macam pengalaman , kenangan, kemahiran dan kenalan yang ada. Semua tu orang kata mendewasakan diri untuk menempuh kehidupan. Dan satu-satunya perkara yang paling tak faham ialah, kenapa sentiasa rasa tak pernah cukup. Kita dah dapat apa kita nak, still kita nak lagi. Adakah kerana keadaan semasa? desakan hidup? atau memang manusia ni memang tak pernah puas bila dah dapat sesuatu? … hhmmmm….

Macam-macam dah buat untuk tambah income (lompat kerja satu daripadanya laa ). Dulu pernah jual nasi lemak kat Melawati, buat Luxor, bisness kecik2 barang Vietnam (ambik dari kakak hehehhe, thanks Kak Nor dan Kak La). Jadi trainer pon pernah, kat UTM Skudai ajar Java. Ingat lagi masa tu Adlan dan Aisyah kecik lagi, heret ke sana ke sini carik duit.. dorang pon membesar dalam kereta jer..tak pon tinggal kat kakak sorang lagi (Kak Ya) huhuhu. Tapi bila dah gaji tinggi sikit, still tak cukup gak… still nak yang lagi tinggi, nak lagi banyak. Sampai dah jadi hobby lak ‘vacation’ free nih. Best la pulak jalan sana sini sambi kerja. Kalau tak company yang hantar, siap ikut hubby tu gi meeting/training.. kekekke jalan punya pasal kan. Bukan apa dah memang suka berjalan, suka tengok tempat orang, suka carik pengalaman pelik2.. suka travel la tu! hehehhe tapi travel jer tak suka shopping, kutip suvenir murah2 ada la.. (**belom lagi kut suka shopping, tengok lah bila dah duit banyak nanti.. hah amik kau! ** hahhaa)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *