Bruneian in the house

Special Dinner occasion dedicated to Neymar and Family

Dah lama rasanya tak jumpa dengan Neymar ni. Nama sebenarnya Hafizudin. Tapi masa dekat IQKL dulu, kawan kawan Adlan panggil dia Neymar. So, kami pon terikut lah panggil macam tu. Bila sebut Budin ker, Hafiz ker, blurr kejap. haha

Lepas SPM 2016 dulu, langsung tak jumpa dia sekeluarga. Tapi kami berhubung melalui Whatapps dan Facebook jer ikuti perkembangan keluarga masing masing.

Sedar tak sedar, Zaza dah hampir 4 tahun menetap di Brunei. Dah ada anak Brunei dah pon sorang. 4 anak Zaza tinggal di sana, manakala Neymar dan adik dia Haziq dekat Malaysia. Sekarang tengah intern dengan Perodua dan UKM. Dah nak habis Diploma pon. Kejap jer kan.

Setiap tahun keluarga diorang akan bercuti ke luar negara, kali ni mereka akan terbang ke Turkey. So, alang alang dah ada di Malaysia, Ajue jemput mereka sekeluarga datang dinner kat rumah. Seronok sembang pasal macam macam lah semalam sampai tak sedar dah tengah malam.

InsyaAllah kalau ada rezeki, turn kami pulak ke sana, tunggu Adlan balik Raya kut tahun depan. Seronok dengar Sir cerita pasal peluang kerja kat sana. Ada Elaun rumah, kereta, telefon dan kalau bawak anak, sorang anak dapat 800RB. Tapi international school sana mahal sikit compare dengan sini, 1200RB kalau tak silap Sir bagitau. Tapi bonus bapak gempak, average 4 bulan.

Sempat jugak video call dengan Adlan semalam. Dia otw nak gi exam Calculus. All the best Adlan 😉

Orait, till we meet again, adios!

Yeayy finally arrived
Ni Neymar ajar cara makan cake dengan kopi tanpa gula. Yummiehhh
Happy to see them here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *