Brunei Business Trip. Third Day

Salam semua..

Okay, hari ketiga di Brunei.

Hari ni Ajue penuhi masa dengan menurunkan seberapa banyak ilmu yang boleh kepada busines partner Ajue iaitu Erna. Samnil makan, dalam kereta, sambil lepak santai santai pon kami asyik sembang business jer.

 

Yerla kan, masa itu emas. Hanya ada satu hari ni saja pon nak bagi semua.Erna ni senang. Dia mudah faham apa yang kita bagitau. Senang nak bekerjasama dengan dia. Sepanjang hari kami ditemani dengan hujan. Hujan Rahmat tu kan..

Bila dah hari nak petang, Erna ajak pergi Hotel Empire. Tempat yang bakal berlagsungnya majlis Anugerah bulan May nanti.

Wow!! Sungguh teruja Ajue dengan keindahan sekitar hotel tersebut. Padanla ia 7 bintang. Harga dia memang agak mahal la tapi suasana kat situ tenang dan nyaman sekali.Ada pool yang besar. Pool air laut pon ada, siap ada pasir pantai macam kat The Mines Hotel. Boleh main kenu lagi.

Dah penat kami pusing sekeliling hotel, kami berhenti rehat santai kat lobby sambil minum jus dan makan nachos. Sedapp sangat.

Sebelom tu sempat jugak Ajue beli kek lapis brunei. Tak banyak pon tapi cukuplah nak rasa kan.

Oh ya, pada hari kami tu jugak Jovian dan Nina pon stay kat Empire, ada wedding katanya. Ajue tahu pon dari kawan Ajue yang sama sama berada di Brunei iaitu Que.

Dalam  entry ni ada gambar Ajue riba seorang kanak kanak istimewa. Hana nama beliau. Beliau accident semasa berumur 2 tahun lagi. Mengikut doktor sudah tiada harapan untuk sembuh. Tapi dengan kuasa Allah beliau masih bernyawa lagi sehingga sekarang umurnya 4 tahun. Dengan hanya dibekalkan air zamzam dan air syifa` sahaja! Hebatkan kuasa Allah.

Akibat kemalangan dulu, beliau kehilangan ibu dan juga adik beliau. Kini beliau dijaga sepenuhnya oleh ibu saudara beliau sendiri iaitu tak lain dan tak bukan Erna. Sedih dengar kisah Erna masa tu. Kos rawatan untuk Hana agak tinggi. Sebab tu Erna nak berniaga. Kat Brunei tiada speciallist untuk bahagian saraf. Hana boleh mendengar, melihat, memegangtapi beliau tidak mampu bercakap dan memberi respon akibat dari brain injury yang dialaminya. Tempurung kepala beliau sudah diganti dengan titanium. Masa Ajue dukung Hana, beliau pegang jari Ajue kuat kuat. Erna cakap Hana boleh tahu kalau ada orang baru kat rumah. Seolah olah beliau ada six sense.

Erna pernah membawa Hana ke Mekah mengerjakan umrah. Alhamdullilah sepanjang berada di sana Hana mudah dijaga dan tak banyak meragam.

Hanya Allah yang mengetahahui nasib Hana di masa akan datang. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berikan yang terbaik untuk Hana kan. Dan yang paling berkesan jugak mengikut cerita Erna, Hana ditidurkan atas tilam BVSM! Alhamdullilah sejak penggunaan tilam tersebut keadaan Hana semakin hari semakin baik.

Marilah kita sama sama doakan yang terbaik untuk Hana yer. InsyaAllah…image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *