Brunei Business Trip. Second Day

 

 

 

Alhamdullilah hari yang dinantikan tiba jua.

 

Hebatnya Hai O kalau tahun lepas hanya dihadiri tak sampai 40 orang. Tapi kali ni kehadiran seramai hampir 300 orang. Satu pencapaian yang sungguh memberangsangkan. Syabas orang orang Brunei.!!!

 

Kali ni Glam diwakili oleh CDM Maisarah dan CDM Nurul Ain. Kerana CDM Hanis Haizi tengah sarat mengandung.

 

Event bermula selepas solat Jumaat bertempat di Hotel Centrepoint. Company update yang disampaikan amat mengujakan.

 

Bulan May nanti ada anugerah untuk pencapaian para usahawan iaitu SM,SSM,DSM dan DDM. Ajue sudah pon booking hotel untuk malam anugerah tu nanti. InsyaAllah akan hadir bersama business partners yang lain lagi.

 

Kaunter pendaftaran juga diadakan secara online untuk mendaftar para usahawan baru dalam Hai O.

 

Kami sempat berkenalan antara satu sama lain semasa event hari tu. Ajue harap sangat dapat mengembangkan lagi Glam disini khususnya Galaxy Team. InsyaAllah.

 

Lepas selesai event Ajue keluar makan dengan direct leader Ajue iaitu Erna. Beliau bawak Ajue makan malam steamboat. Sedap sangat. Tak pernah lagi Ajue makan steamboat yang ada lebih dari 20 jenis sos sebagai pilihan!

 

Sup dia pon ada pelbagai. Ajue memilih perisa tomyan dan Erna pula memilih perisa ayam.

 

Lepas tu kami pon pulang. Erna hantar Ajue sampai ke hotel. Terima kasih banyak banyak Erna atas segala layanan yang diberikan. Sungguh terharu Ajue hari tu.

 

Malam tu Ajue rehat dan sediakan tips untuk diberikan esok kepada Erna.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *