Bisness di Penang

Entry lepas Ajue ada update pasal Seminar SM SSM. Okay, actually Ajue sepatutnya pergi ke Penang masa seminar tu sendiri. Tapi oleh kerana tamggungjawab terhadap bisness partner dan jugak untuk network Ajue, Ajue tangguhkan perjalanan ke Penang sampailah selesai seminar.

Tujuan ke Penang ialah untuk memenuhi undangan satu program kesihatan anjuran Puteri Umno bahagian Balik Pulau. Actually ketua puteri tersebut merupakan adik salah seorang bisnes partner Ajue jugak iaitu Juliya. Ajue diberi tugas untuk bercakap pasal kesihatan serta ketrampilan diri. So, memang bersesuaian sangat dengan bisnes yang Ajue sedang lakukan nih. Ajue ambil peluang ni dengan sebaiknya untuk memberi pendedahan kebaikan pemakaian corset kepada kaum wanita di sini.

Alhamdullilah program tersebut mendapat sambutan positif. Rupanya ramai yang tahu detail pasal corset nih. Mungkin masih yang beranggapan bahawa corset untuk cantik semata mata. Salah tuh, corset Premium Beautiful lebih kepada penjagaan kesihatan iaitu 70% compare dengan untuk kecantikan sebanyak 30% sahaja!

Program bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Seronok sangat sebab dapat membantu ramai wanita yang inginkan tampil cantik , anggun serta kesihatan jugak terjaga.

Ajue stay kat Hotel Vistana, favourite hotel Ajue. Anak anak pon suka hotel nih sebab food dia memang best.

Malam tu pulak pekena the best char kuay teow kat kawasan Perda tuh. Fuhhhhh udang dia banyakkkkk

Siap tapau lagi makan kat bilik.. Hehehhehe

Esoknya pulak, lepas checkout masuk USM jap. Nak jumpa kawan sekolah menengah Ajue, nama dia Richerd. Hehehe kklasikkan nama dia,

Ni geng skolah menengah kat Terengganu. Rasanya last time jumpa kat KLIA tahun2004. Masa tu nak hantar richerd pergi further study kat US.

Sekarang richerd seorang lecturer psikology kat USM. Dan tengah further study PhD. Caya lah Cherd!!

Orait, habis entry Penang. Nanti kita sambung kat Kedah dan Perlis pulak kay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *