Bangalore – Tak pernah mimpi untuk ke sini

Dah lama tak update blog… busy sangat lately. Lepas trip promote PB kat Doha, terus minda tertumpu pada kerja pulak.

Baru jer balik Kolkata 2 minggu lepas, kali ni kena pergi India lagi. Wah, mentang-mentang dapat multiple entry visa 1 year, office ambik kesempatan pulak ek.. hehehhe
Actually nak kena prepare demo untuk MMT Dubai end of this month. Not me yang kena present, of coz la boss-level yang bagi speech. Kita orang bawahan jer, buat kerja teknikal jer.. So, nak dijadikan cerita, one of the requirement kena buat integration dengan partner kat Bangalore nih. Since I am doing the interface layer, kena lah jumpa partner, discuss and develop together-gether.
First time sampai Bangalore tengah malam, risau gak camaner nak pergi hotel. Sekali keluar gate ada orang pegang nama, hehehe hotel dah arrangekan pick-up rupanya. On the way to hotel takde apa2 sangat yang menarik, ye laa dah tengah2 malam kan. Actually masa tu perut tak berapa selesa sangat, so nak cepat-cepat check-in jer (and checkout!.. lol). Tak sangka perjalanan mengambil masa sejam lebih untuk sampai hotel… fuuhhhh punya lah jauh airport dia!. Ni tengah malam, kalau kena gi waktu siang agak-agak 5 jam sebelom flight kena gerak dah kan?

First day kat office Tarang, masuk jer terus kena demo product.. kecut perut den. Mana tak, audience CEO, CTO, Technical Director dan derang nyer Developers dan QA. One mistake ter’buat’.. hehehehhe dah pasang sumer devices, tetiber tak leh connect.. waduhhhh rupa-rupanya tersalah port. kakakkka tu laaa nerves punya pasal. Nasib baik sumer steady jer, derang bagi morale support. Baikkkk punya partner… i likeee!!!
Lunch? hmm derang order domino pizza… best gak. janji sumer halal.




Dinner kat hotel Aloft


Second day, pindah hotel sebab fully booked masa buat reservation lagi. Ada SAP event kat Bangalore. So, check-in kat Keys Hotel. Project Manager cakap, dia tak boleh amik, so, Technical Director yang datang jemput pi opis, kelas gitu.. kekekeke. So far, sumer berjalan lancar as planned. Ada 12 modules web services nak kena submit and do integration test. Integration test ni dengan POS terminal ada 5 modules, pastu iPhoneApps ada 10 modules. (3 modules boleh guna kat dua-dua POS ngan iPhoneApps).  Agak sukar jugak tuh… especially keadaan yang begitu genting sekarang. ye laa sumer nak kena siapkan sebelom next week. Dalam ertikata lain termasuklah weekend!

Masuk kari ketiga, got bad news dari HQ (Germany). Project owner cakap demo kat MMT call-off. Whatttt???? then kena balik ker? huhuhu terus takde mood. Tapi masa tu, still pagi lagi waktu Bangalore, so kena tunggu boss masuk opis baru tahu situasi sebenar. Meantime, tutup notebook, partner ajak lunch, special punya untuk release tension. Balik office, sambung kerja even takde mood sebab nanti kang makan gaji buta lak. Then, masa nak balik tu, baru la tahu , actually ada internal issue yang tak boleh nak proceed lagi, sebab tu call-off the demo. Tapi…….. kena balik KL tak nih? huhuhu esok baru tahu keputusan, meanwhile, buat kerja dari hotel jer.

My Masala Tea – setiap hari ada orang hidangkan

Day four – bangun lambat sebab tak perlu masuk opis kan, so lepak2 la kat bilik. Lambat gak turun breakfast, food dah kurang :-(. Naik bilik, dapat sms dari project manager, HQ cakap even demo call-off tapi integration kena siapkan jugak sebab alang-alang dah sampai sini. Lagipon, partner dah charged full kat company. So, nak tak nak kena la siapkan sumer modules sampai next week. At least takde la pressure sangat untuk kejarkan demo. Anyway, masih teringat lagi masa nak gi kerja hari keempat nih, same situation, project manager tak dapat amik, then partner sumer dah masuk opis, so kenala take public cab. Alamakkkk… camaner nak pergi, nasib baik masa first day intro hari tuh, CEO ada bagi business card dia. So, dapat la tunjuk kat driver taxi tu alamat opis. Nak jadikan cerita, driver tu tak kenal jalan, siap tanya kita lagi nak lalu jalan mana… lol! Last-last dia pi call CEO tanya jalan.. kakkakakakka lawaks tul. Malu pulak kat CEO tuh, ada ker suruh driver taxi call dia. Well, I tak bersalah, kan kan? hehehehe



Traffic kat depan Keys Hotel – not bad huh?

Day five. Hari ni check-in balik hotel Aloft sebab room dah available. Punya laaaa tunggu pickup sampai sejam lebih, tak datang la pulak. Last-last mintak tolong orang call kan, sebab tu local number. Then, dia cakap takde reservation untuk pick up… apa daaa semalam dah per! Teruk tuk manusia kat sini. Tak makan saman tul. Last-last datang gak, then kali nih I dah hafal jalan nak gi opis, chewah.. dengan bangganya saya berjaya sampai opis, siap cakap kat driver tu lagi jalan mana nak lalu… kekkekekke eksen la tuh!


As of today(day five), I managed to submit 5 module untuk POS dan 7 modules untuk iPhoneApps. Fuuhh lega. Tinggal lagi 3 belom siap. Nampak macam weekend nih tak keluar la kut. Nak siapkan jugak so that by Monday next week dah boleh buat integration test. Then, kalau tak silap, Diwali pon kena kerja sebab tak cukup masa untuk handover nanti. 


Apa-apa pon, wish me luck! Semoga dipermudahkan segalanya. Semuanya terserah kepada yang maha Esa. Kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan. Wallahualam.

1 thought on “Bangalore – Tak pernah mimpi untuk ke sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *