Balik Kampung Episod 2

Salam alll..

Okay. Episod 2 pulak.

Kali ni Ajue drive sendiri bersama sama anak anak lelaki pulak. Adlan baru selesai pertandingan Hafazan semalam.

So kami bertolak seawal jam 6 pagi. Sesudah subuh gethu.

Kabus tebal kat LPT. Jarak penghilatan pon terhad. Yang paling tak best ialah jalan berlubang lubang sepanjang LPT sampai ke Paka. Letih kawal stering kereta elak masuk lubang. Akhirnya kami sampai kat KT jam 12 tengahari.

Oh ya. Masa nak bertolak tu sempat masuk Mc D drive thru kat hiway NKVE buat alas perut. Pastu Ajue berenti sekali jer kat Kuantan untuk isi minyak.

Anak anak semua tidur jer sepanjang perjalanan. Senang bawak kereta macam ni.

Okay. Sampai jer terus call kawan Ajue ambik Cheesenan yang dipesan khas malam tadi. Ada 12 keping semuanyaaa. Best sangat cheese nan kedai RSMY ni. Even dah sampai kampung pon still bolwh tarik tinggi cheese dia.

Pastu mulalah operasi menginai tangan. Hehehe. Kawan Ajue ni suka melayan budak budak. Lepas sorang sorang tangan dia lukis kan.

Cantikkk hasil seni Datin Gweng ni kan. So sesaper nak silalah contact beliau yer. Tak mahal pon. Sebelah tangan RM5 jer.

Pastu dah sampai kampung sah kalau tak pekena ICT. Haaa apa tu ICT???

Well. Ikan Celup Tepung. Lokasi. Teluk Ketapang. Besttttt sangat.

Bayangkannnnn seramai ramai tu yang makan baru RM115. Murah kan.

Okiesss. Lepas ni nak citer pasal majlis perkahwinan adik Ajue pulak. Tungguuuuu

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *