Back To School Part III

Anis again. Except her violin 🎻🎻🎻

Tadi pagi Ajue physio. Kali ni dah start kena cycling 15 min. And setiap senaman yang dah diajar kena tambah jadi 15 kali instead of 10 kali. Penat la jugak. Tapi kena la buat jugak nak bagi otot peha kuat.

Lepas tu balik rumah ambik Anis dan Ecah bawak pergi Klinik Ajwa. Anis dan Ajue nak inject Influenza. Sebagai langkah pencegahan kang wabak ni datang balik next year harap nya Anis tak kena la. Last year Anis dan Afiq dua dua down dengan Influenza A dan B. Dengan Ajue sekali kena sebab 3 minggi jaga dorang. Ecah pulak nak ambik referal letter nak jumpa ortho jugak next week. Kaki dia yang ter kehel dulu still tak ok lagi. Main laaa lagi mainn mainn.

Dah settle injection, hantar Ecah balik rumah. Ajue kuar dengan Anis untuk settlekan kelengkapan dia pulak. Aiseh. Kedai Tiqin jual violin tu dah tutup for Xmas. 26 Dec pulak bukak. Tapi tadi sempat ambik baju Suit Jepun dia alter seluar bagi besar sikit.

Lepas tu pergi Ikea. Tujuan asalnya nak beli berus untuk buang debu nanti bila dah masuk bilik sure berhabuk kan. Sekali tengok penuh jugak la troli ikea tu. Haishhhh… memang tak boleh nak stick to the plan pon. Ada jugak benda benda tetiber masuk troli kan.

Lunch dan solat zohor kat Ikea jer. Lepas tu pecut pergi Jaseema kat Taman Tun. Alhamdullilah semua buku buku Anis dapat beli kat sini. Singgah petronas nak solat Asar dan refill tekak yang haus ni.

Lepas tu balik Shah Alam nak pergi Outpost delat Ole Ole. Kat sini dapat beli 2 helai jer tudung putih dia. Saiz L dah habis stok. Aisehhh.. mana cukup. Ni ada yang kena gi lagi outpost lain ni. Slack hitam Anis dan Afiq pon dapat beli kat sini. Alhamdullilah.

Inner hitam dan anak tudung dia Ajue beli kat gerai luar Ole Ole jer.

Settle untuk hari ni. Jom le balik… kaki dah cramp ni. Nak kena balut ice la malam ni nampak gayanya. Hambekk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *