Back To School part II

Now turn Shazani pulak . BBIM

Ahad lepas turn budak BBIM pulak cari uniform. Memang Ajue dah plan nak cari kat Malakat Mall ni. Nak support muslim product kan. Malakat Mall ni bawah Raudhah punya group jugak kalau tak silap. Once register, dapat RM5 voucher boleh beli apa2 kat situ.

Shazani dah naik High School tahun depan, so uniform sekolah dia pon kena beli baru sebab dah lain kan. BBIM ni kalau hari Isnin bebas pakai apa saja asalkan shariah compliant. Then uniform pakai untuk 2 hari. Baju PE sehari. Jumaat pakai jubah putih.

Dekat sini hanya dapat beli 2 baju uniform dan 1 baju PE jer. Slack hitam kena beli luar, jubah putih dekat Omar Ali as usual. Dan track suit hitam nanti lah cari sekali dengan slack dan tudung putih Anis yang belum settle lagi.

Haaa sebelum pergi Malakat Mall tu, Ajue singgah dekat adik Ajue kat Kinrara, ambik Niqa set. Nanti senang nak cuci tudung dan bentuk awning.

Makanan dan minuman pon ada dijual kat mall tu. Shazani pulak nak attend birthday celebration kawan dia, anak CEO BBIM . So. Ajue balik la dulu rumah, malam karang pulak ambik dia. Lagipon Anis ada tusyen Fizik. Haishh baru form2 dah kena belajar Fizik. Masakkkk laaa. Haha

Malam tu Final Gegar Vaganza.. errkkk !! Tahniah Hardy Mirza dan Naqiu. Kemenangan memang dah dijangka. Powerrrrr rap battle dorang. Tapi yang best Sham Visa dan Jatt Ali battle. Adoyyyy pecah perut gelak.

So ada balance 1 week lagi sebelum.bukak sekolah. Tudung Anis, slacks Shazani, track Shazani.

Lepas tu nak inject Influenza dan MMR Anis.Ecah pulak nak jumpa ortho check knee dia jugak. Sib baik la dah start cuti this week. Ajue sendiri pon masih dalam treatment lagi left knee ni. Harap2 fully recovered la sebelum 2020 nanti. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *