Back to School part I

Barang keperluan Anis KYS dulu.

Hari ni nak settle barang keperluan Anis dulu. Next day Afiq pulak. Uniform KYS kali ni kena buat sendiri. Dah tak.boleh order dengan KYS. Kain beli hari tu dalam RM30 untuk satu vest. Dan RM30 untuk pants. Ajue beli untuk 5 pasang terus. Sebabnya, yang last year beli 4 pasang tinggalnya 2 jer. Mana nyah pergi lagi 2. Haishhh

So tadi pergi fitting uniform dekat taylor punya workshop Bukit Jelutong. Alhamdullilah semua ngam. Cantekk. Terbaik lah. Actually taylor ni ada butik dekat SACC mall jugak. AdreanaRose nama nya. Halus jahitannya. Kemas jer. Price pon not bad lah. Highly recommended.

Lepas tu pecut pergi Setia Alam hantar cheques dekat funder Ajue. Balik rumah solat kejap pastu kuar balik pergi iCity. Kali ni books dan alatulis hunting pulak.

Aisehh.. Popular bookstore kat sini takde buku teks la pulak. Dapat beli alatulis jer sini. Kena gi Popular book store yang dekat Aeon Bukit Tinggi pulak. So, we decide pergi jer terus, alang alang dah kuar kan.

Solat Asar sampai Isyak terus kat sini. Alhamdullilah dapat lah beli buku teks. Cuma 2 jer takde stok. RBT dan Seni Visual. Yang ni kena beli dekat Jaseema Taman Tun.

Nampak kedai Outpost, terus beli blouse putih dia. Sampai rumah baru teringat tudung putih lupa beli 😏

Ok, so far untuk Anis hampir settle. Tinggal lagi tudung dan baju kurung dan violin dia jer. InsyaAllah sempat sebelum buka skolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *