BabyCama on tow

Malang tak berbau.. cuti deepavali lepas, Anis balik dengan bas. Sampai kat bukit Jelutong dah malam, dalam hujan lebat pulak tu. Sian dia, dah 3 jam lebih dari Melaka.

Sampai kat bulatan masjid Bukit Jelutong, Ajue tak perasan ada lopak air. Rupanya, bukan saja lopak air, tapi lubang yang sharp jugak… meletop taya kereta. Ajue turun, dalam hujan lebat tu, call Kak Long.

Diorang datang tunggu technician Renault. 1 jam kut baru sampai sebab hujan kan. Last last dia pon tak leh buat. Kami actually dah cuba, tapi rim Ajue ni ada security nut kalau nak bukak dia. Tapi Ajue tak jumpa kat mana.

Technician tu pon tak dapat, terpaksa la call Renault punya tow untuk tarik kereta pergi Service Centre dekat Glenmarie. Nasib baik ada Abg Shem dan Kak Long, Diorang bawak makan dulu, lagipon Anis dah kelaparan dari petang tadi lagi.

Tow truck sampai jam 11 malam, angkut kereta , tinggal kat situ. Hari Sabtu baru Ajue dapat balik kereta tu.

Continental tyre habis RM500, Rim habis RM1800, gone my money.. T.kasih kawan Ajue, SIti pinjamkan Ajue duit dulu. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *