Azam, Kesungguhan serta kepimpinan Part III

InsyaAllah entry kali ni part terakhir kut untuk citer pasal keazaman, kesungguhan serta kepimpinan nih.

Dalam Part I dan Part II dah citer / flashback apa yang terjadi dalam hidup Ajue serta apa yang telah Ajue usahakan selama ini. Ingin Ajue mention lagi sekali bahawan bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar mengimbas kembali serta muhasabah diri sendiri atas segala yang telah dilakukan agar menjadi penguat semangat serta dorongan untuk Ajue teruskan perjalanan hidup dan perjuangan ini.

Ajue dah bekerja selama 14 tahun dan Alhamdullilah Ajue telah capai apa yang Ajue impikan dalam kerjaya sebagai IT Engineers. Nak pergi oversea pon dah tercapai jugak hasrat samada dengan melalui business trip mahupon personal expenses. Thanks to PalacaVacationClub yang memjadikan Ajue members untuk vacation club nih. Details pasal Vacation Club baca sini yer. Pastu Ajue jugak members untuk Traditional Chinese Medication (TCM Wellness) Club. Semua nih ambik untuk family. Sebab yer la, dah kahwin sure fikiran tertumpu kat family jer.. And, dua dua club yang Ajue join nih bukan sahaja untuk family, siap boleh gunakan untuk parents, adik beradik dan kawan-kawan lagi. Untungkan! Ajue memang suka lakukan aktiviti bersama-sama family and friends.

Orait, nak sambung pasal entry ni, mungkin ada yang dah tahu Ajue dah Fulltime buat business Premium Beautiful. Dan ada yang jugak tak tahu, kan. Ramai yang tanya naper berhenti kerja nak buat business?

Actually dah lama Ajue nak carik side income untuk top up mana-mana yang perlu dalam perbelanjaan keluarga. Yer la, kalau dulu Ajue dan husband selalu travel sana sini dan kami hidup dengan allowance dari company. Rezeki datang dari Allah so tak perlu kita persoalkan lagi,kan. Sampailah ke satu tahap Ajue dah rasa boring nak travel, kalau kejap takper, sekali tavel ada yang sampai berbulan-bulan tinggalkan family. Berbaloilah dengan apa yang kita pelajari dulu masa U, boleh praktikkan, ilmu boleh dikongsi bersama, insyaAllah dapat manfaat kepada manusia. Tapi, bukan sebab dah tak nak share ilmu di dada, tapi bila memikirkan anak-anak yang sedang membesar dan perlukan ibu dia di rumah, Ajue terpanggil untuk hentikan semua itu dan fokus kepada anak-anak pulak.

Dulu husband ada mintak migrate ke Arab Saudi, Alhamdullilah dia lepas, tapi kekurangannya tak boleh bawak family.. hmmm sebab itu lah kami tak jadi migrate. Ingatkan kalau dah migrate boleh la Ajue berenti kerja jadi fulltime housewife.

Then, teringin nak buat franchise. Bukak coffee shop. Lepas attend seminar PNS, perlukan modal dalam 245K untuk simple coffee shop.. mak aaiiii…. banyak tuh! Memang la boleh nak buat loan, tapi rasanya tak berbaloi la pulak, dah la kena berhenti kerja, pastu ROI dapat lepas dah 2 tahun running business.. habis dalam masa tuh camaner nak survive kan.

So, dipendekkan cerita, awal tahun 2011, Ajue bersama dengan beberapa parents yang ingikan anak-anak kami mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR menubuhkan satu Komuniti di mana parents bekerjasama dengan cikgu sekolah untuk jalankan aktiviti bersama anak-anak kami yang berada di tahun 6. Dan Alhamdullilah, keputusan UPSR tahun lepas menunjukkan peningkatan 100% sekolah anak Ajue dalam UPSR. Dan Ajue sekali lagi diberi kepercayaan untuk membawa Komuniti untuk 2012 pulak. InsyaAllah akan Ajue lakukan sebalik mungkin. Ada yang tertanya, apa Ajue buat dalam Komuniti? Nak cerita detail kat sini agak panjang la jugak kan, so details dia ada kat sini. Ajue sempat hasilkan satu video yang merangkumi semua aktiviti yang kami jalankan sepanjang tahun 2011. Tengok lah kat sini. 😉

Awal bulan March tahun ni, Ajue dan family diuji dengan pelbagai dugaan. Orang kata Allah takkan menguji hambanya sekiranya Dia tahu hambaNya tak mampu untuk menghadapinya. Memang betul. Alhamdullilah kami mampu mengharunginya malah kami merasa begitu agungnya kuasa serta rezeki yang Allah berikan. NikmatNya memang tak terhingga, sukar untuk diluahkan!

Rancangan awal untuk ambil cuti tanpa gaji atas alasan untuk settlekan problem kami, bertukar dengan resign terus dari company. Maaf yer atas sebab-sebab tertentu Ajue tak dapat share kan disini. Hanya orang yang rapat sahaja mengetahui. Namun apa pon yang terjadi Ajue redha dengan ketentuan Allah. Malah Ajue merasakan begitu tenang sekali sekarang ini. Ajue dapat tumpukan sepenuh masa Komuniti yang Ajue pegang seramai 70 pelajar dan 15 parents. Juga PIBG sebagai Biro Pendidikan Sekolah di Shah Alam ni. Dan yang menjadi punca rezeki Ajue sekarang ni jugak iaitu Premium Beautiful. InsyaAllah akan Ajue pimpim networks Ajue dengan bersungguh-sungguh dan seikhlasnya agar sentiasa diberkati dan dirahmati Allah serta dimurahkan rezeki kami.

Walaupon dah tak kerja pejabat yang menjanjikan income tetap every month, namum sebagai seorang entrepreneur kepada produk Premium Beautiful, Ajue yakin, rezeki yang Allah berikan. Kerana ,

bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup selamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari

 

Kepada semua business partner Ajue yang baca blog ini, marilah kita pasangkan NIAT yang ikhlas kenapa kita nak buat business ni. Kerana niat yang ikhlas akan dipermudahkan Allah rezeki kita. Niatlah:

  1. Untuk bantu keluarga, menigkatkan ekonomi keluarga agar hidup kita terjamin di masa hadapan. Dan jugak untuk bayar segala hutang yang telah kita lakukan dulu. Sanggup kah kita tersenarai dalam black-listed sewaktu usia masih muda?
  2. Untuk bantu suami. Ini ditujukan kepada para isteri. Takkan la kita sanggup tengok suami kita kerja siang malam cari duit sedangkan kita yang paling banyak habiskannya? Apa akan terjadi jika suatu hari nanti suami kita tak mampu untuk bekerja lagi? Adakah kita mampu untuk memikul tanggungjawab selepas itu tanpa berbuat sesuatu sebagai back up?
  3. Untuk diberikan kepada Ibu Bapa kita. Ingatlah yer, kita asalnya daripada orang tua kita. Tak kan terdetik di hati kita untuk membalas segala jasa mereka bila kita dah bekerja? Takkan selamanya kita mahukan simpati dari orang tua kita? Nanti esok takkan parents kita nak tanggung cucu mereka pulak? Fikirkanlah yer..
  4. Tabungan untuk pendidikan anak-anak kita. Semua dah tahu kan, pendidikan sekarang amat memerlukan duit. Tak kan kita sanggup biarkan anak-anak kita tanpa pelajaran? Andai kata mereka berjaya dapat masuk U, takkan nak mengharapkan bantuan kerajaan ataupon loan PTPTN? Kepada yang baru kahwin, dan bakal berkahwin, mungkin tak terasa ini semua. Tapi ketahuilah, bila anak dah besar, semuanya memerlukan duit. Kalau kita tak de simpanan? Camaner?
  5. Jangan menunjuk!. Ingatlah kalau niat kita nak menunjuk-nunjuk dengan kekayaan kita, kita mungkin tak kekal lama dalam business ni. Malah takut pulak kita susah nak dapatkan rezeki kalau niat tak betul. Ayuh, perbetulkan niat kita yer!

 

 

1 thought on “Azam, Kesungguhan serta kepimpinan Part III

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *