Azam , Kesungguhan serta Kepimpinan Part I

Assalamualaikum,

Dah lama tak membebel kat blog Ajue nih, past entry cerita sikit pasal whats happening jer kan. So kali ni rasanya nak flashback kembali apa impian serta matlamat yang Ajue telah setkan serta apakah dah tercapai target yang telah Ajue tetapkan dalam hidup ini.

Kita mula dari lepas sekolah menengah lah ek, sebab kalau nak imbas kembali zaman kanak-kanak dulu terlalu banyak la pulak nak tulis kat sini, hehe.

Masa kat UUM, Ajue suka mencuba sesuatu yang jarang orang nak cuba. Wah apakah itu? Takde laa benda simple jer, Ajue nih minat sukan, tapi masuk bola tampar tak menjadi, kunun nak jadi macam citer Moero Attack tu la.. hehe. Lepas tu, kawan baik Ajue (Tuty) introducekan satu sukan yang memang menguji tahap kesabaran diri serta sejauh mana kita dapat menumpukan perhatian dalam bidang sukan itu. Tak lain dan tak bukan ialah Archery. Masa mula-mula masuk dulu ramai jugak yang mengkritik penglibatan Ajue. Nanti gelap la, tak laku la sebab muka berbelang berjemur tengah panas masa buat latihan,  jaguh kampung la, dan macam-macam lagi. Tapi Ajue kuatkan azam dan semangat Ajue serta Ajue bersyukur kerana dikelilingi oleh barisan pemain yang dah seperti adik beradik yang sentiasa memberi semangat agar tak mudah mengalah dan yang paling utama Ajue mempunyai Coach terbaik di Malaysia yang mencanai Ajue dengan tak jemu-jemu hinggalah Ajue mencapai kejayaan yang paling besar dalam sejarah penglibatan Ajue dalam bidang memanah iaitu 5 Emas dan 1 Perak dalam satu pertandingan terakhir Ajue sertai sebelum bergelar Siswazah UUM.

 

Dan masa kat UUM jugak Ajue suka bawak motor besar.. huhu tak percaya? Tanya la Ina. Kan Ina? (sure Ina baca blog ni, confirm punya!) Ajue dah selalu bawak motor besar Acai kan. Siap bawak Ina lagi masa tu masa kat kompleks sukan. Best giler…

Dalam tengah dok memanah tuh, Ajue jugak diberi kesempatan untuk memimpin satu kumpulan kecil pelajar-pelajar sekolah yang nak belajar archery. Agaknya bakat serta kepimpinan yang ada dalam diri Ajue dah ada sewaktu belajar lagi sebab Ajue memang sukakan kanak-kanak serta suka libatkan diri dengan mereka dalam apa jua lapangan. Suka mendalami jiwa mereka dan secara tak langsung kita boleh mengetahui isi hati mereka di samping menjadi sahabat mereka juga.

Dah lepas alam sekolah, matriks dan U masuk pula alam seorang profession. Tak kira la apa jua pekerjaan yang kita lakukan, yang penting adalah NIAT kita sebab keberkatan rezeki tu bergantung kepada hati kita yang suci dan ikhlas. Kalau niat kita ikhlas insyaAllah rezeki kita juga Berkat, betul tak? Tak perlu la kita nak kutuk kutuk orang buat apa yang mereka suka, cermin diri sendiri jugak la sesekali. Apakah kita hanya tahu mengkritik orang sedangkan diri sendiri entah kemana?

Ok ok, tak nak bebel panjang kat sini. Just nak recap balik apa yang telah Ajue capai dalam hidup sewaktu bekerja makan gaji dulu. Bukan nak menunjuk, tapi sekadar imbas kembali kenangan dan segala kejayaan yang telah Ajue kecapi berkat usaha dan kesungguhan dalam melakukan setiap pekerjaan Ajue. Semoga memberi semangat kepada pembaca blog Ajue dan juga diri Ajue sendiri untuk teruskan perjuangan ini. Dan juga bila anak-anak Ajue dah besar, mereka akan baca blog Ajue. Sedikit sebanyak member perangsang serta dorongan semangat bila mengetahui Ibu dia pernah buat itu ini dan Ibu dia telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran yang membuahkan kejayaan. Kalau Ibu dia mampu lakukan, takkan la dia tak mampu? InsyaAllah…

Orait, kerja pertama Ajue iaitu kat Encoral. Bermula dengan trainee kat situ sampailah post Project Manager di akhir tahun kelima Ajue kerja. Dah macam-macam pengalaman dan kenangan Ajue lalui. Kawan rapat, kawan biasa , sahabat sejati semuanya ada. Dulu Ajue Java programmer.. kerja buat coding jer… pastu dah banyak sikit pengalaman, naik sikit sikit sampailah jadi Project Manager. Satu sistem yang menjadi expertise Ajue ialah Sistem Maklumat Pelajar. Sistem ni merangkumi pendaftaran pelajar kat sesuatu kolej atau universiti, daftar subjek, markah peperiksaan, reports, dan sehinggalah seseorang pelajar itu graduate. Eh eh, berkenaan dengan pelajar lagi… hmmmm masa UUM pon Ajue suka involve dengan students, masa bekerja pon dengan students gak. Cuma bidang jer lain-lain, kan. Tak sangka!

Dan kerja kat Encoral la Ajue banyak jelajah seluruh Semenanjung Malaysia, drive sendiri ke Utara, Selatan pastu ke Timur dan balik semula ke KL. Drive sendiri long distance. Maklumlah masa tu kan baru awal 20-an. Semua kena buat sendiri. Tapi Ajue bersyukur sebab dikurniakan sepasang cahaya mata yang menjadi penguat semangat Ajue di kala Ajue lemah. Tanpa mereka rasanya Ajue takkan sampai kut ke tahap yang Ajue inginkan. Alhamdullilah…

Atas desakan hidup masa tu, Ajue bertukar tempat kerja disamping mendapat tawaran yang lebih dari UNITAR. Tapi tak lama pon, lepas tu masuk MNC (multi national company). Mula mula US-based buat CRM, lepas tu company US jugak (Makeena/FNIS) buat sistem ATM machine tu, buat sistem credit card jugak. Kat company ni Ajue pernah ulang alik Singapore sebab client kat DBS Bank sana.

Masa company tu kena beli dengan company lain, Ajue cabut buat Telco pulak kat Orga Systems, German based company. Hampir empat tahun Ajue kat situ dan Ajue antara yang terawal bekerja sebab company tu actually baru jer bukak branch dia kat Asia.

Business travel? Yup, memang banyak sungguh travel dengan Orga nih. Bermula dengan German (5 weeks) untuk product training. So far dah Brazil, Amsterdam, Serbia, India dan lain lain. Details entry ada kat tab menu Travel Diary (update soon kay).

Orang tua tua kata jauh perjalanan, banyak pengalaman. Memang betul pon. Ajue dapat tengok pemandangan, kenali budaya asing, belajar cara diorang hidup dan lain lain lagi. Paling best kat Brazil sebab dua kali kena hantar kat sana. Dan dua tahun berturut-turut Ajue celebrate birthday kat sana! Best sangattttt sebab dapat merasa cara orang sana sambut harijadi! Cake sana sedap.. cara potong kek tak sama ngan kita tau. Derang potong buat bulatan kat tengah dulu, baru potong kecik kecik. Apa pon, Ajue sangat sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Dua bulan kat sana mematangkan diri Ajue untuk menangani pelbagai masalah. Dapat lihat secara live cara diorang hidup dan bekerja demi menyara hidup mereka.

Okaylah kena publish entry ni dulu sebelom sambung Part II dan seterusnya. Sekarang nak hantar anak pi skolah lak… syoknyerrrrr FREEDOM TIME!!!! Tak perlu fikir nak cepat-cepat siap gi kerja harung jem!

Teringat CDM Kak Ana pernah berkata

Kita mesti cipta sejarah diri kita sendiri!

 

1 thought on “Azam , Kesungguhan serta Kepimpinan Part I

  1. Pingback: Azam, Kesungguhan serta kepimpinan Part III | Premium Beautiful – The most beautiful secret is the one I share with you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *