Dalam flight sempat lak tertido, pastu mimpi seolah olah berada dalam kelas la pulak . Maklumlah baru lepas belek nota yang pernah tulis masa tengah tunggu nak boarding tadi.. Hehe
Pastu terus update blog ni tapi kena save as draft la dulu nanti dah ada internet baru publish…
Ok, kali nih nak tekan kan bahawa ada beberapa asas yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan. Harap dapat dikongsi bersama dengan semua rakan kongsi Ajue yang baca blog ni. InsyaAllah…
Maksudnya, hampir keseluruhan usaha datang dari kita sendiri, pemimpin boleh guide kita untuk mencapai sesuatu impian. Bukan serah semua kerja kepada pemimpin. Kepada yang baru join, memang lah kena letak atau serah diri kepada pemimpin untuk mengatur langkah tapi ia juga memerlukan kerjasama kita. Ini baru dinamakan TeamWork.
Ingat tak salah satu lirik nasyid Raihan? Dalam kereta Ajue sentiasa pasang lagi tu since awal tahun lepas lagi… Percaya tak?hehe sebab lagu Raihan nih bukan saja mengingatkan kita kepada Allah tapi ia banyak memberi semangat kepada kta jugak. Yer la, sambil sambil bawak kete tu, kalu dengar selalu sure akan ikut nyanyi, kan? Salah satu lirik nya berbunyi
dalam semua tindakan kita,
Niatkankah kerana Allah.
Agar kita mendapat berkat
Dalam senang atau pon susah
dalam setiap amalan kita
Mulakankan dengan berdoa
Bersungguh lah dalam usaha
Berbuatlah yang sebaiknya
Memang betullah kan, kita dalam melakukan sesuatu perkara, kena lah bersungguh sungguh, janganlah sekadar melepas batu di tangga jer. Kalau bersungguh, confirm kejayaan menghampiri kita. kalau dah berjaya, baru lah ada bukti dan ada aura diri!
Ini maksudnya sentiasa nak ada bukti diri sendiri. Tak kira lah apa orang nak kata, yang penting diri kita. Tak dinafikan, seringkali kata kata sindiran serta cemuhan orang sekeliling sering membuat kita terasa down dan hampir putus asa, tapi percayalah, kalai kita bangkit melawan semua tu, disertai dengan bukti kejayaan, lambat laun suara suara sumbang itu akan diam dan berlalu dari situ. Mana tahu , entan entah orang yang kutuk atau kritik kita dulu sendir akan datang balik pada kita untuk mengikuti jejak langkah kita. Cuma jangan ada rasa dendam kat sesiaper pon, okay!
Hmm.. Kat sini maksudnya, even kita buat business samada part time atau full time, kita kena usaha. Sebab kalau kita sentiasa bergantung pada leader, maybe kita banyak terlepas peluang. Contohnya, prospek depan mata, tapi leader takde. So camaner? Takkan nak tunggu leader ada baru nak buka peluang kan. Fikiran mesti positif, okay!
Kat sini senang jer nak faham kan. So, ayuh bertindak! InsyaAllah kejayaan bakak milik kita, ameen
“…………cabin crew prepare for landing…….”. Oopppps ipad mode OFF busines sharing mode ON! Zasssssss
very interesting website indeed.http://www.registrodesite.net