Salam all,
Hari ni nak update entry tentang Anugerah Hai O yang berlangsung baru baru ni kat Dewan Wawasan PGRM Cheras.
Setiap tahun company akan meraikan sekurang kurang 3 kali anugerah Sales Manager dan Senior Sales Manager ni. Ini merupakan anugerah pertama dan juga kedua dalam syarikat. Ajue sudah mengambilnya serentak masa 2012 dulu.
Happy sangat sebab masa tu baru jer berjinak daam bidang ni. Setiap pencapaian kita diraikan bukan sahaja oleh syarikat malah oleh pemimpin kita serta rakan kongsi sekalian.
Pendek kata, setiap orang hars melalui semua peringkat ini dan semuanya bermula dari bawah. Tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan. Kita umpama menaiki tangga langkah demi langkah. Tiada lift atau escalator disediakan. Lambat atau cepat bukan ukuran, yang penting kita sampai ke destinasi yang dituju.
Kali ni sebenarnya ramai dari Galaxy Team yang menerima awards, tapi atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan, ramai yang tak dapat hadir.
Walau apa pon, Ajue ucapkan tahniah dan syabas kepada yang sampai ke tahap ini. Perjalanan kita masih jauh, tapi jika tidak dimulakan kita takkan kemana. Percayalah.
Tahniah kepada
Farhan
Ferrie
Sofia
Shahril
Hanis Izzati
Syikin
Zalina
Farah
Kak E
Aunty Roslin
Nurul Brunei
Anda memang terbaik. Untuk yang dah melepas tahap ini, ayuh teruskan usaha. Sama sama kita gandakan usaha untuk berjaya, kay. Jumpa semua di Shanghai!!!