Anis journey to KYS

This is Anis story, her journey to KYS, Melaka

Anis ada apply untuk ujian kemasukan ke KYS. Alhamdullilah Anis dipanggil untuk ujian tersebut. Masa taklimat ibu bapa, sangat terkesan dengan apa yang Pengetua KYS berucap. Betul, kita mungkin tak dapat sediakan semuanya untuk anak anak. Persekitaran sekolah, kemudahan, extra activities seperti swimming, orchestra, sports, debate, peluang menonjolkan bakat samada peringkat sekolah, negeri, negara mahupon luar negara.

Kalau masuk SBP atau MRSM, tak semua pelajar diberi peluang untuk wakil itu, wakil ini. Tapi di KYS, semua pelajar diberi peluang sama rata. Tak kira pelajar tajaan mahupon persendirian. Apatah lagi pelajar dari sekolah harian biasa. sesetengah sekolah kurang memberi peluang kepada pelajar pelajarnya, mungkin atas usaha parents sendiri untuk memastikan anak anak menerima pendidikan yang optimum.

Dari segi akademik pula, KYS telah terbukti sekolah terbaik SPM di Malaysia. Memang terbaik sekolah ni. Cuma, bila ditanya pasal yuran, Ajue rasa rata rata parents akan geleng kepala. Berbaloi kah???

Pendek kata, untuk lower form, setahun dalam RM36k ~ RM40k. Ini tak termasuk kalau ada wakil sekolah dalam sesuatu bidang yer. $$$$ lagi.. Bagi Ajue, kalau sudah tertulis rezeki Anis, insyaAllah ada lah untuknya. Allah pon kata, setiap anak ada rezeki masing masing. Lagipon, ini salah satu investment Ajue. Ada orang buat duit dengan saham, ada dengan business, ada dengan hartanah, ada dengan emas, ada dengan crypto currency. Tapi Ajue pilih education. Sebab apa? Nanti Ajue cerita dalam lain post ya. 😉

OK, untuk ujian kemasukan kali ni, Ajue bergerak malam jumaat. Tumpang tidur rumah cousin Ajue dekat Vista Kirana. Sebab jadual KYS bermula seawal 8 pagi. Thank you Datin Aniesa, sedap air tangan breakfastnya.. 😉

Semasa Anis tengah ujian, parents ada taklimat dan lawatan sekitar KYS untuk melihat kemudahan yang disediakan. Ada 2 swimmig pool. Satunya yang terpanjang diMalaysia iaitu 300 meter. Yang lagi satu, standard size, 50m. Katanya, setiap pelajar wajib habiskan 300m setiap form. Means, F1 300m, F2 600m, F3 900m, F4 1200m dan F5 1500m. Semua ni akan dinilai pada setiap hujung tahun. Pergghhh. Anis swimming pon tak lepas lagi!!

Ada Archery range jugak. Ni yang paling best. Sebab at least kalau Anis dapat masuk KYS, dia tak tertinggal archerynya. InsyaAllah. Tapi sports yang paling utama ialah Rugby dan Netball la.

OK, selesai ujian, Ajue berkesempatan pergi ke A Famosa Outlet. Nak cari bedding set untuk bilik Adlan sebenarnya. OK lah, murah jer, outlet kan.

Oh ya, KYS ni, ada 2 peringkat pemilihan. Setiap tahun, seramai 6000 pelajar yang akan mohon. Setelah ditapis, hanya 2000 sahaja akan dipanggil untuk ujian bertulis. Andaikata lulus, pelajar difilter lagi untuk ujian leadership dan skilss. Yang ni akan berkampung dalam KYS 3~5 hari, depends pada scholarship apa. Tak ramai untuk RBS ni, hanya 500 pelajar saja. Dan, akhirnya hanya 100 pelajar akan dipilih, 50 lelaki dan 50 perempuan, haaa tough kan!!

Ikutkan pengalaman anak anak, Adlan berjaya ke peringkat RBS ( 3hari camp) saja. Peringkat akhir sponsor Adlan tak offer, masa tu Adlan pergi bawah tajaan Axiata. Kalau nak masuk jugak kena self-funding. Dengan berat hati Ajue reject la. Mana nak cari RM10k deposit masa hari pendaftaran. Aisyah pulak tak terpanggil langsung untuk ujian kemasukan.

So this is turn Anis, and Alhamdullilah Anis berjaya untuk 500 pelajar RBS camp 4 hari. All the best!!

Masa ujian kemasukan, jumpa Zahra, pemanah Selangor. Tapi tak sure dia dapat RBS atau tak. Gambar last sekali tu, ialah ilham abang tersayang untuk adik dia. Rindu la tu. Siap decorate bilik Anis letak semua toys Anis, ada Welcome Notes lagi dia tampal dekat dinding. Rindulah tu!

About ajuerashid

Me.Myself.Kids. Love Travelling Running and Sports.
This entry was posted in ajuerashid. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *