Adlan balik asrama

Salam semua…

Kali ni nak citer pasal anak bujang sorang ni.

Adlan dulu pendiam orangnya. Tak banyak cakap. Kalau tanya sepatah. Dia jawab sepatah. Kadang kadang tak jawab langsung. Susah nak dengar dia bercerita.

Tapi since masuk IQKL ni loyar buruk pulak budak ni. Hehe dah besar agaknya kan.

Baru baru ni Ajue keluar shopping dengan dia. Sebab dah bukak sekolah. IQKL masuk awal sebab ada ujian hafazan. Yer la dah lama sangat bercuti risau pulak dah tak ingat kan. Kat rumah bukan bukak Quran pon. Asyik2 dengan PS dia jerr.

So mula mula beli jubah. Dah pandai nak kaler apa. Dulu pakat pakai jer warna apa apa pon Ajue belikan.

Pastu kopiah pulak. Sampai 3 kaler dia beli. Track bottom yang jenis kain tebal ntah apa ntah nama kain tu. Brand Diadora. Sama dengan Tshirt dia.

Jersey bola pon sama. Kasut bola Line 7. Sebab dia nak kaler oren. Hehe warna rasmi group gediks Ajue tu.

Pastu minyak rambut pulak Loreal Prefessional. Adlan sendiri nak. Sebab  rambut dia pakai hair dryer. Haaa hair dryer hokkay. Kalah adik pompuan dia.!

Pastu dah settle semua baru hantar dia. Haa bab nak kemaskan bilik dia failed. Ajue jugak kena buatkan. Sian pulak kan. Apa apa jer la Adlan..

Tapi Ajue bangga. Adlan bukan saja dapat menghafaz sampai 12 juzuk dah tapi dalam bidang akademik beliau still cemerlang. Ni result akhir tahun dia.

Hmmmmm ada sebijik C!!! Bila ditanya Adlan bagi reason dia tak sempat jawab dalam jawi so dia hentam rumi. Hokkayyy.. reason diterima. Asalkan dapat markah tertinggi untuk form 2. Dan tahniah anak Ibu kerana mendapat tempat pertama exam akhir tahun baru baru ni.

Ingat lagi masa Adlan kat As Sofa last year. Pon beliau cemerlang dalam ketiga tiga bidang di sana. Tempat pertama dalam Akademik. Pertama dalam AdDinniah dan juga tempat pertama dalam hafazan.

Form two even tukar sekolah baru pon beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang. Alhamdullilah. Tahniah sekali lagi. Ibu bangga dengan mu.

Keep it up kay. Tahun depan PMR pulak menanti. All the best!!

image

image

image

image

image

image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *