Adlan Anugerah Shahadah 2016

Alhamdullilah, jika tahun lepas Adlan penerima anugerah Tahfiz 30 Juzuk, tahun ni Adlan juga naik pentas untuk menerima 2 lagi anugerah iaitu Shahadah 10 Juzuk dan Pelajar Terbaik Matematik Form4

Shahadah ni, selalunya untuk 30 Juzuk, iaitu membaca, menghafaz 30 juzuk dalam masa 3 hari. Pangkat diberikan mengikut berapa kesalahan yang dilakukan. Antara keasalahan nya ialah kelancaran, tajwid dan beberapa jenis lagi. Paling tinggi pangkat dalam Shahadah ialah Mumtaz. Adlan dapat Mumtaz! Tanpa sebarang kesalahan. Alhamdullilah, syukur Ya Allah..

Pelajar terbaik Matematik, untuk Form4. Adlan dapat 99%. Lagi 1% Adlan kata takde manusia sempurna, jadi dia hanya manusia biasa.. 99% sudah cukup terbaik bagi Adlan, tahniah Adlan, you never let me down!.. Ibu bangga dengan pencapaian Adlan.. teruskan perjuanganmu nak..

Anis takde dalam gambar sebab masa acara ni, Anis terlibat dengan pertandingan memanah jemputan di PJ. Tok Adlan dari kampung sanggup datang jauh jauh semata mata nak meraikan cucu lelaki sulongnya naik pentas.. actually Adlan setiap tahun naik pentas untuk menerima anugerah, tak pernah miss. Tapi anugerah kali ni sangat bermakna sebab Adlan berjaya membuat Shahadah dalam masa beberapa bulan saja dengan pangkat Mumtaz lagi., satu pencapaian yang sangat membanggakan kami semua..

 

20161001_083857

20161001_083857

20161001_083947

20161001_084438

20161001_092055

20161001_094346

20161001_100213

20161001_121824

20161001_121915

20161001_122058

20161001_130921

20161001_131019

20161001_131137

20161001_131145

20161001_131729

20161001_131900

20161001_131950

20161001_132244

20161001_132525

20161001_142216

20161001_083819

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *