36 jam Jakarta Bandung

Orait, kali ni entry Ajue gi Bandung untuk ambik maid. Actually Ajue nak pergi Jakarta dulu sebab kawan Ajue ada kat sana. So tido rumah dia satu malam then esok pagi baru ke Bandung. Entah cemaner Ajue rasa nak bermalam la pulak kat Bandung sebab takut tak sempat sampai airport esoknya nak balik KL.

So, nak dijadikan citer, ni kali kedua Ajue ke Jakarta. Dulu masa first time datang 3 tahun lepas sebab nak ambik visa nak pergi Serbia. Kat KL takde embassy dia, so paling dekat ialah kat jakarta. Ingat lagi masa tu agak rushing jugak sebab Ajue sepatutnya ke Vietnam untuk ambik stok baju untuk bisnes masa bulan puasa. Tiket sumer dah beli. Tapi yang visa ni pon dalam masa yang sama kena ambik jugak. Ajue sampai jakarta dengan duit Rp200,000 sajer. Dalam pemikiran Ajue owh banyak nih bawak.. Kekkeke langsung tak terlintas kalau diconvert ke RM baru 60 ringgit jer ++ waduh waduh ibuk Ajue!

Apalagi, emergency call la ke Malaysia. So, solution dia nasib baikkkklaaa ada sedare kerja kat Malaysia Embassy jakarta. duit yang ada cukup cukup untuk pergi Serbia nyer embassy. Ajue pikir ni area embassy, sure malaysia nyer embassy pon ada dekat dekat sini jer kut. Yes, betul. Tepat sekali. Tapiiiiii camaner nak pergi, masa tu duit dah belanjer dari airport ker embassy serbia. Tinggal Rp20,000 jer lagi… Huhuhuhu. Ajue tanya security kat embassy tu, dia cakap paling senang naik motor, bayar Rp18,000 jer. Yessss, good idea. Motor pon motor laaa. Bradder motor tu hantar betul betul depan gate malaysian embassy. Fuhhhhlega.
So, duit tinggal beraper? Hehehhehe Rp2000 bersamaan dengan 60 sen!!! Tawakkal jer laaaa …

Pendekkan citer, dapatlah jumpa dengan Abang Isham (kedutaan malaysia kat jakarta). Driver dia bawak pergi rumah. Dah makan , solat sumer pastu driver dia hantar kat airport. Dapatla sikit Rp dari dia.. Hehehhee tenkiu tenkiu Abang Isham dan Kak Yati. Rumah dia besaarrr, ada pool, maid ada dua kut. Alhamdullilah, yay dapat balik KL. hehehe

Ok, back to trip kali nin pulak. Masa kat KL Ajue try google transport nak ke Bandung. Kawan Ajue cakap naik travel. Murah jer, Rp50,000. Ok la kan. So sampai airport kena jalan la sikit sampai kat Shelter Bus. Kat situ ada banyak choice. Yang ada ke Cihampelas ialah guna xTrans

Yup, van ni la yang bawak Ajue ke Bandung. Tapiiiii bukan Rp50,000 tapi Rp100,000 tuuuu. Hampeh. Takper la.. Asal dah selamat sampai kan. Van tu muat 10 orang jer. Ajue yang terakhir naik. Syukur ada seat kan.

Sampai last stop kena naik cab lain pulak sebab dah malam kan, takut la pulak jalan kaki sorang sorang… Seksannya nak ambik maid… Janganlah ko larik yer maid. Penat ni tau!!!! Tapi, dalam penat pon, Ajue dapat pengalaman yang bermakna, betul tak? Yerla, kalau nak pikir senang jer tak berwarna warni la kehidupan. Betul tak. Kadang kadang pengalaman mendewasakan kita, memberi kita banyak berfikir dan hati bertambah yakin dengan Allah. Bukan bermaksud selama ni tak yakin tapi bila kita dalam kesusahan dan kesulitan, hati tak putus putus berdoa agar dipermudahkan. So, sentiasa dekat dengan Allah. Alhamdullilah..

So, checked in hotel jam 11.45 malam. Dah selesai mandi, solat sumer terus bersms dengan leader CDM Hanis Haizi. Setting plan and target, mintak tips untuk target bulan nih dll terus mata jadi cerah, badan pon hilang letihnya. Semangat terus naikkkk. Syukur sangat sangat dipertemukan dengan bisnes nih. Kita manusia mampu berusaha dan membuat perancangan serta melaksanakan. Tapi perancangan Allah tiada sapa yang tahu. Ajue harap Ajue pon dapat memberi yang terbaik buat semua rakan kongsi Ajue.

Next, nak buat apa yer pagi ni? Jom gi FO!

Mula mula masuk Summit. Ada yang berkenan tapi saiz pulak takde. Jom ke sebelah dia pulak.

Sini banyak choice. Beli shirt untuk hubby. Hadiah kerja baru, boleh bawak gi Canada nanti. Untuk Ajue? Hmmmm tiada yang berkenan di mataku.. Hhehhe. Next!

Orait, sini ada MNG yang berkenan tapi bila tengok price macam sama jer kat KL.. Tak jadi lah.. Next!

Ni last FO, winter jaket GAP ada tapi tinggal saiz XL jer… Waduhhhhh susah nyer nak cari saiz Ajue. Gi mana nih…. Nampak gaya kena beli kat Zara KL jer la kut…

Orait, jalan jalan kat Cihampelas sampai lupa nak balik hotel. Oooppssss waktu checkput dah lepas. Sekarang dah jam 2 sore. Sampai hotel terus buat muka sedih sebab penat. Terus diberi setengah jam untuk solat dan chekout tanpa extra caj.. Hehehehhe alhamdullilah. So, Ajue checkout jam 2.30 terus gi cafe untuk lunch.

Kat sini beli baju untuk anak bongsu jer sebab dia selalu kena tinggal….

As usual, LATTE jugak jadi tarikan.

Ni nama dia Roast Stuffed Chicken. Besttttt sangat.

Orait. Ni dah kat airport. Makan jap sebelum balik KL. Nanti sambung lagi next entry.