2 Product Demo in a week

Well this week begitu mencabar. Ada 2 demo kena buat. Sebelom buat tu kena la prepare dulu kan. First dah lepas, demo product my side income, PB la apa lagi kan.. hehe. Alhamdullilah, semua berjalan lancar. Mungkin sudah ditakdirkan, niat yang ikhlas selalu mendapat keberkatan dan dipermudahkan Allah.

Memang ada niat nak ke Doha untuk hantar stocks kepada wakil PB kat sini, tak lain dan tak bukan my brother Farhan. Kebetulan pulak kena pergi Bangalore untuk preparation MMT  nanti. So, amik ticket ke Doha then baru ke Bangalore. Dua hari kat doha sungguh seronok, apa taknya, asyik makan jer… hehe. Dua hari kat sana dah 4 customer dapat, best best. Bravo my brother! You have done good job! Paling best masa dinner kat rumah Dato Syed, kat situ lah keupayaan my brother promote PB. weewitttt! Semoga PB terus berkembang di bumi Doha , insyaAllah. Rezeki ada di mana-mana cuma kita jer kena pandai mengaturkannya, Setelah berusaha, kita berdoa dan berserahlah kepadaNya.

kami tawakkal kpd Allah
tiada berkuasa selain dariNya
doa, usaha dan berserahlah
terimalah qada’ qadarNya
Tengah tunggu luggage
Aloft Hotel welcome notes

Now I’m in Bangalore. Ada demo esok untuk partner sini. Semoga rezeki ini juga berjalan lancar. I will do my best even tengah sakit perut still ada lagi. Alhamdullilah dah berkurang compare dengan semalam tapi masih risau untuk makan sembarangan kat sini. Last two weeks kat Kolkata bawak bekal banyak food dari rumah. Tapi kali ni, tak sempat bawak apa2 🙁 Sekarang baru 4 pagi local time, perut pon menyanyi-nyanyi kat dalam, jangan kena ulcer lagi dah laa.. 
Bangalore tak sempat explore lagi, asyik terbaring jer kat bilik seharian. Kejap lagi my project manager datang amik, bawak gi partner office. Wish me luck for demo nanti. Ammeen..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *